Format Instrumen Peperiksaan SPM 2021 Baharu (KSSM). Format baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia? Perhatian buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan format instrumen baharu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan Empat mulai tahun ini. Lembaga Peperiksaan akan memuat naik maklumat mengenai format baharu itu dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia pada 20 Mac 2020.
Sijil Pelajaran Malaysia atau ringkasnya SPM adalah peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi pelajar Tingkatan Lima. SPM merupakan syarat untuk pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Format Instrumen Peperiksaan SPM Tahun 2021 (KSSM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang format instrumen peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2021 yang memaparkan bilangan soalan, jumlah markah, wajaran dan tempoh ujian :
Dengan pelaksanaan format instrumen peperiksaan yang baharu mulai tahun 2021, pelaksanaan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi murid Tingkatan Empat tahun 2020 adalah sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
A. BAHASA MELAYU
B. BAHASA INGGERIS
C. BAHASA CINA
D. BAHASA TAMIL
E. BAHASA IBAN
F. BAHASA KADAZANDUSUN
G. BAHASA PUNJABI
H. BAHASA SEMAI
I. BIBLE KNOWLEDGE
Muat Turun Format Baharu SPM 2021
Bagi anda yang nak dapatkan jadual instrumen SPM dengan lengkap dalam bentuk PDF, sila klik pautan di bawah ;
Format Instrumen : http://lp.moe.gov.my/files/spm/2020/Format%20SPM%20Dan%20UPBA.pdf
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sektor Pendidikan Tinggi,
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
62200 Putrajaya, Malaysia
No. Tel: 03 – 88706000
BACA JUGA : Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran 2020 UPSR PT3 SPM STAM