Syarat Kemasukan Maktab Mahmud 2020 Tingkatan 4

Syarat Kemasukan Maktab Mahmud 2020 Tingkatan 4. Apakah syarat kemasukan ke Maktab Mahmud Negeri Kedah? Panduan buat lepasan Tingkatan 3 yang berminat melanjutkan pengajian ke Maktab Mahmud Negeri Kedah ambilan Januari 2020. Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan Maktab Mahmud Negeri Kedah mulai 19 Disember 2019 secara online di laman web rasmi Maktab Mahmud.

Syarat Kemasukan Maktab Mahmud 2020 Tingkatan 4

Maktab Mahmud atau lebih dikenali sebagai Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Kini, terdapat sebanyak 12 cawangan Maktab Mahmud di seluruh negeri Kedah. Lokasi asalnya di Alor Star, Kedah.

Syarat Kemasukan Maktab Mahmud 2020 Tingkatan 4

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan Maktab Mahmud Negeri Kedah termasuk memaparkan cara permohonan :

Syarat Kemasukan Maktab Mahmud Tingkatan 4

a. Warganegara Malaysia

b. Memperolehi sekurang-kurangnya 6A Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sebelumnya.

c. Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat B dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat PT3.

d. Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat C bagi mata pelajaran Al Lughah Al Arabiah Al-Muasirah PT3.

e. Tiada gred F dalam mana-mana mata pelajaran.

f. Tidak mempunyai sebarang rekod kelakuan disiplin

g. Calon yang berjaya akan diisi berdasarkan kekosongan kelas

Cara Permohonan Maktab Mahmud 2020 Tingkatan 4

a. Untuk permohonan anda hendaklah mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dengan memuat turun di laman web Lembaga Maktab Mahmud atau mana-mana Maktab Mahmud Negeri Kedah :

Borang Permohonan : https://drive.google.com

b. Borang permohonan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya 31 Disember 2019.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Mahmud Negeri Kedah ambilan Januari 2020.

Leave a Reply