Semakan Panggilan Temuduga IPG 2025 PISMP PPC Online. Bilakah tarikh panggilan temuduga IPG tahun 2025? Panduan buat lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan 2025. Untuk makluman, semakan layak temuduga PISMP boleh dibuat bermula daripada 14 Mei 2025 (Rabu), jam 2.00 petang. Bagi calon yang berjaya e-UKCG sahaja boleh semak panggilan temuduga PISMP menerusi laman web https://pismp.moe.gov.my.

Sebelum anda layak memasuki ke Institut Pendidikan Guru (Maktab Perguruan), terdapat beberapa peringkat tapisan yang bakal ditempuhi oleh calon-calon PISMP. Sebelum anda layak dipanggil ke sesi temuduga IPG, calon perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) PISMP sebagai tapisan bagi calon yang benar-benar layak.
Semakan Panggilan Temuduga IPG 2025 PISMP Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan panggilan temuduga IPG termasuk memaparkan tarikh semakan dan aplikasi online :
Tarikh Penting Permohonan IPG PISMP 2025
- Permohonan:
- Pelaksanaan e-UKCG:
- Kemaskini maklumat dan bidang permohonan:
- Keputusan e-UKCG dan Pemakluman Penyediaan Video Pengajaran (VP) serta Video Kecergasan Fizikal (VKF):
- Temuduga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal:
- Keputusan IPG:
- Pendaftaran:
Semakan Panggilan Temuduga IPG Online
1. Semakan panggilan temuduga IPG boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://pismp.moe.gov.my/
2. Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang “Log Masuk”.

NOTA: Calon yang telah menerima keputusan semakan semula SPM sebelum 9 Jun 2024, boleh menyemak keputusan layak temuduga & UKF pada 17 Julai 2024 (jam 5:00 petang).
Cara Pelaksanaan Temuduga PISMP 2025
Hanya pemohon yang lulus e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan rakaman video berdasarkan garis panduan yang disediakan.
Anda akan mengetahui tarikh penyediaan video apabila membuat semakan keputusan UKCG melalui portal yang ditetapkan. Calon hendaklah memasukkan ID dan kata laluan untuk membuat semakan.
Untuk sesi ini, temuduga PISMP secara bersemuka digantikan dengan penilaian rakaman video. Anda dikehendaki menyedia dan menghantar video demonstrasi pengajaran ataupun bercerita cerita kanak-kanak untuk dinilai.
Kandungan video yang perlu disediakan merangkumi komponen Pengenalan Diri dan Demonstrasi Pengajaran/ Bercerita Kanak-Kanak.
Anda diberi tempoh selama satu minggu untuk menyediakan rakaman video. Calon dikehendaki menghantar link rakaman video kepada IPGM menerusi portal PISMP selewat-lewatnya pada JULAI 2025.
Semakan Keputusan PISMP IPG 2025 Online
Semakan tawaran calon IPG boleh dibuat secara online bermula pada Julai 2025 menerusi laman web https://pismp.moe.gov.my/.
Calon dikehendaki mencetak surat tawaran melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dan surat tawaran rasmi boleh didapati selepas melapor diri. Pendaftaran kemasukan calon IPG adalah pada Ogos 2024.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di :
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3, Blok 2250, Jalan
Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor
No. Tel: 03 – 8312 6720/ 6730/ 6768
Tahniah kepada calon yang berjaya dipanggil ke temuduga IPG. Semoga anda ditawarkan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru tahun 2025.
BACA JUGA: Semakan Keputusan IPG


