Semakan Status Geran Khas Prihatin Online (GKP)

Semakan Status Geran Khas Prihatin Online (GKP). Nak semak status permohonan Geran Khas Prihatin? Perhatian buat pemohon yang telah membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP). Untuk makluman, anda yang layak boleh semak status Geran Khas Prihatin mulai 3 Jun 2020 secara atas talian (online) menerusi laman sesawang https://gkp.hasil.gov.my/.

Semakan Status Geran Khas Prihatin Online (GKP)

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Semakan Status Geran Khas Prihatin Online (GKP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Khas Prihatin termasuk memaparkan jumlah dan aplikasi semakan :

Kadar Bayaran Geran Khas Prihatin

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin PKS

Pembayaran Geran Khas Prihatin dijangka akan dibuat pada 3 Jun 2020. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak.

Semakan Status Geran Khas Prihatin Online (GKP)

Cara Semak Kelulusan Geran Khas PRIHATIN

1. Untuk semakan GKP boleh dibuat di laman web https://gkp.hasil.gov.my/

2. Log in akaun anda dan masukkan ID Pengguna.

3. Kemudian, klik pada butang ‘Semak’.

4. Setelah berjaya Log In, akan dipaparkan maklumat seperti Nama, No. MyKad dan Status Permohonan.

5. Klik pada ‘Status Permohonan’ untuk ketahui status terkini samada LULUS atau GAGAL.

6. Sekiranya LULUS bermaksud anda layak menerima bantuan tersebut.

Cara Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin

Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan GKP boleh membuat rayuan mulai 3 Jun sehingga 15 Jun 2020 melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my.

Semakan Status Geran Khas Prihatin Online (GKP)

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Geran Khas Prihatin, sila hubungi :

Leave a Reply