Semakan UKSBP 2025 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Panduan buat murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2025. Untuk makluman, calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan Satu, anda perlu membuat semakan keputusan kelayakan menduduki UKSBP dijangka pada bulan Oktober 2020. Tujuan semakan kelayakan ini untuk memastikan sama ada anda terpilih untuk menduduki Ujian UKSBP pada 15 sehingga 18 Oktober 2018.
Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh atau singkatannya UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) sahaja. UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut. Untuk pengetahuan, UKSBP baru sahaja dilaksanakan pada tahun lepas sebagai prosedur kelayakan baharu untuk pelajar Tahun 6 kemasukan Tingkatan 1 ke SBP.
Semakan UKSBP 2025 Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan kelayakan menduduki UKSBP termasuk memaparkan tarikh, aplikasi permohonan dan keputusan :
Tarikh Ujian Kemasukan SBP
UKSBP akan dijalankan secara serentak di 207 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada bulan Oktober 2020.
Cara Semak Keputusan Kelayakan UKSBP
Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan UKSBP melalui laman web rasmi KPM.
Tingkatan Satu
Pautan : https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
Tingkatan Empat
Pautan : https://sst4.moe.gov.my/
INFO :
a. Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.
b. Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.
c. Sila bawa kad pengenalan dan slip menduduki UKSBP yang boleh dicetak di laman web rasmi KPM.
ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Seluruh Malaysia
Syarat Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh
Bagi murid yang berjaya UKSBP mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh. Antara syarat-syarat pemilihan bagi kemasukan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat adalah :
Pemilihan Murid Tingkatan 1
- Murid merupakan warganegara Malaysia
- Murid dari Sekolah Kebangsaan.
- Murid cemerlang akademik
- Aktif dalam kokurikulum
Pemilihan Murid Tingkatan 4
- Murid adalah warganegara Malaysia
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
- Cemerlang akademik
- Aktif dalam kokurikulum
Contoh Soalan UKSBP
Antara contoh soalan UKSBP yang pernah ditanya sebelum ini berkaitan pengetahuan am, sejarah, isu semasa, Sains, Matematik dan sebagainya.
- Pencipta Jalur Gemilang
- Siapa pengasas Facebook
- Namakan bapa kemodenan Malaysia
- Produk keluaran Proton
- Pulau Pangkor terletak mana?
- Wau dari mana?
- Le Tour de Langkawi sukan apa
- Tarikh penubuhan Malaysia
- Kaum terbesar di Malaysia
- Adat Pepatih negeri mana
Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my
BACA JUGA: Soalan Lazim Permohonan SBP KPM
Berapa soalan betul yang diperlukan?