Senarai Kolej Komuniti & Kursus Yang Ditawarkan 2025. Berminat melanjutkan pengajian tinggi ke Kolej Komuniti? Untuk makluman, Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia adalah satu institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Berikut adalah senarai Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.

Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dibuat secara online di Permohonan UPUOnline yang kebiasaannya dibuka pada awal tahun kepada lepasan SPM. Program yang ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu Program Sijil, Diploma, Sijil Kemahiran Khas, Kursus Pendek dan Kursus eRezeki.
Senarai Kolej Komuniti & Kursus Yang Ditawarkan 2025
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai Kolej Komuniti KPTM di Malaysia yang memaparkan alamat, no.telefon/ faks dan emel :
Kolej Komuniti adalah satu institusi yang memberikan Perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran khusus sepenuh masa yang diiktiraf oleh Kerajaan. Lepasan Kolej Komuniti boleh menyambung pengajian ke Politeknik atau Institut Pengajian Tinggi yang lain. Setakat kini terdapat 43 buah Kolej Komuniti yang ditawarkan di seluruh Malaysia.
Alamat Senarai Kolej Komuniti
1. PERLIS
○ Kolej Komuniti Arau
No. Tel : 04-9869800 (Am), 04-9861708 (Faks)
Alamat : Jalan BN, Tambun Tulang
Email : kkarau@kkarau.edu.my
2. KEDAH
○ Kolej Komuniti Bandar Darulaman
No. Tel : 04-9182503 (Am), 04-9182506 (Faks)
Alamat : No. 17 Bandar Darulaman Jaya
Email : kkbda@kkbda.edu.my
○ Kolej Komuniti Jerai
No. Tel :04-4682704 (Am), 04-4686243 (Faks)
Alamat : Lot. 4, Jalan Delima 1
Email : kkcjerai@kkcj.edu.my
○ Kolej Komuniti Bandar Baharu
No. Tel : 05-7169539(Am), 05-7167610 (Faks)
Alamat : No. 1, Jalan Syariah
Email : kkbb@kkbb.edu.my
○ Kolej Komuniti Kulim
No. Tel : 04-4900412 (Am), 04-4900385 (Faks)
Alamat : No. 232, Jalan Kota Kenari
Email : info@kkkulim.edu.my
○ Kolej Komuniti Sungai Petani
No. Tel : 04-4412909 (Am), 04-4412924 (Faks)
Alamat : No. 77, Lengkok Cempaka 1
Email : kkspked@kkspe.edu.my
○ Kolej Komuniti Baling
No. Tel : 04-4708768 (Am), 04-4708767 (Faks)
Alamat : Batu 42, Pulai 09100 Baling
Email : kkbaling@kkbaling.edu.my
○ Kolej Komuniti Padang Terap
No. Tel : 04-7903810 (Pengarah), 04-7903811 (Am)
Alamat : Lot 1529, Jalan Kuala Nerang, Taman Belimbing Indah
Email : kkpdgterap@gmail.com
○ Kolej Komuniti Sik
No. Tel : 04-4693101 / 04-4693103 (Am) / 04-4693103 (Faks)
Alamat : No. 28-A, Pusat Perniagaan Alamanda
3. PULAU PINANG
○ Kolej Komuniti Kepala Batas
No. Tel : 04-5792300 (Am), 04-5759300 (Faks)
Alamat : No 87, Lorong Bertam Indah 1
Emajl : kkkba@kkkba.edu.my
○ Kolej Komuniti Nibong Tebal
No. Tel : 04-5082284 (Am)
Alamat : No. 1,2,3,18,19 dan 20, Jalan Tasek SS1
Email : admin@kknibongtebal.edu.my
Nota : Untuk dapatkan info lengkap tentang maklumat Kolej Komuniti boleh dirujuk disini.
Senarai Kursus Yang Ditawarkan Kolej Komuniti
Berikut adalah antara kursus pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti :
1. Diploma Teknologi Automotif
● Sijil Automotif
2. Diploma Teknologi Elektrik
● Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan)
3. Diploma Teknologi Komputer
● Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
● Sijil Teknologi Maklumat
4. Diploma Hotel dan Katering
● Sijil Hotel dan Katering
5. Diploma Fesyen dan Pakaian
● Sijil Fesyen dan Pakaian
6. Diploma Teknologi Senibina
● Sijil Pelukis Pelan Senibina
7. Diploma Teknologi Pengiklanan
● Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
8. Diploma Pengurusan & Penyelenggaran Fasiliti
● Sijil Penyenggaraan Bangunan
● Sijil Penyejukan & Penyamanan Udara
9. Diploma Teknologi Pemprosesan Makanan
● Sijil Pemprosesan Makanan & Kawalan Mutu Makanan
10. Diploma Pelancongan & Pengembaraan
● Sijil Pelancongan & Pengembaraan
11. Diploma Perakaunan Perniagaan
● Sijil Perakaunan Perniagaan
BACA JUGA: Senarai Kursus Kolej Komuniti


