Semakan Syarat Kemasukan Politeknik 2021 Online (eSemak). Apakah syarat kemasukan Politeknik terkini? Panduan buat anda yang berminat memasuki Politeknik di seluruh Malaysia. Untuk makluman, calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Politeknik sesi 2021/2022 secara online menerusi permohonan UPU atau terus ke laman web Politeknik. Tetapi sebelum permohonan dibuat pastikan anda semak syarat kemasukan Politeknik secara dalam talian menerusi sistem online e-semak.

Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu sistem online iaitu e-semak untuk memudahkan dan memberikan pelajar membuat semakan bidang-bidang pengajian yang layak dipohon untuk kemasukan ke Politeknik Premier atau Konvensional/ METrO.
Semakan Syarat Kemasukan Politeknik 2021 Online (eSemak)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan syarat kelayakan Politeknik termasuk memaparkan aplikasi semakan :
Apa Itu Politeknik?
Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertama, Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1969. Kini, Politeknik di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan iaitu Politeknik Premier, Konvensional dan METrO.
Panduan Kemasukan ke Politeknik Premier/ Konvensional & METrO
Maklumat berkaitan institusi pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan, syarat khas program mengikut taraf kelayakan lepasan SPM/Setaraf atau STPM/Setaraf di Politeknik Premier.
Politeknik Premier : https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/index.php
Politeknik Konvensional/ METrO : https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php
Cara Semak Kelayakan Politeknik Online
1. Sebelum permohonan dibuat, calon perlu menyemak syarat kemasukan Politeknik menerusi portal e-semak Politeknik
2. Isikan nombor kad pengenalan tanpa simbol dash (-).
3. Masukkan subjek matapelajaran dan gred SPM masing-masing.
4. Klik ‘SEMAK‘ dan dipaparkan kelayakan.

Permohonan Kemasukan ke Politeknik 2021/2022
Pengambilan kemasukan ke Politeknik akan dibuka dua (2) kali setahun iaitu pengambilan sesi Jun dan sesi November. Untuk pengambilan sesi Jun boleh dimohon secara online dalam permohonan UPUonline. Manakala sesi November pula boleh dimohon secara terus ke laman web Politeknik.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864
BACA JUGA :
Pls take me for politeknik