Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Apa itu Perintah Kawalan Pergerakan? Kini satu dunia amnya di Malaysia telah diserang satu wabak yang sangat berbahaya dikenali sebagai COVID-19. Wabak Covid-19 yang turut dikenali sebagai Coronavirus telah membunuh hampir ribuan orang sehingga ke hari ini. Hal demikian itu, Perdana Menteri Malaysia baharu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia untuk mengekang penularan COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan akan berkuatkuasa selama 14 hari mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Disini UPUOnline kongsikan soalan lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pendidikan.

Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Foto Kredit : Ashrae

Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Perintah Kawalan Pergerakan termasuk memaparkan soalan-soalan lazim beserta jawapan :

a. Adakah pelajar perlu ke sekolah/Kolej Matrikulasi (KM)/Institut Pendidikan Guru (IPG)?

Tidak.

2. Adakah guru-guru/kakitangan KM dan IPG dikehendaki hadir ke sekolah/kampus

Tidak perlu, kecuali jika berlaku kecemasan atau dengan arahan daripada KPM.

3. Adakah pengawal keselamatan perlu bertugas di sekolah/KM/IPG?

Mesti menjalankan tugas seperti biasa.

4. Adakah pendaftaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 pada 23 Mac 2020 akan diteruskan?

Tidak. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 perlu melaporkan diri pada 6 April 2020.

5. Adakah pekerja kontrak kebersihan perlu bertugas di sekolah?

Perlu hadir pada 30 dan 31 Mac 2020 sahaja atau mengikut arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. Adakah pekerja kontrak kebersihan perlu bertugas di KM dan IPG?

Ya, sekiranya masih ada pelajar dan warga kampus. Jika tiada pelajar dan warga kampus, perlu hadir pada 30 dan 31 Mac 2020 sahaja atau mengikut arahan KPM.

7. Bagaimana dengan guru-guru dan warga KPM lain yang tamat cuti khas (cuti belajar, cuti tanpa gaji dan sebagainya)
sebelum 31 Mac 2020?

Guru-guru dan warga KPM yang terlibat hanya perlu memaklumkan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
melalui e-mel dan melaporkan diri pada 1 April 2020.

8. Adakah sambutan Festival Hari Guru Malaysia 2020 akan diteruskan pada 28 Mac hingga 31 Mac 2020?

Tidak diteruskan.

9. Bilakah pelajar perlu kembali semula ke asrama sekolah/KM/IPG?

Pada 1 April 2020 atau pada tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

10. Adakah murid boleh menghadiri aktiviti lain seperti tuisyen, kelas tambahan, latihan sukan dan kegiatan kokurikulum?

Tidak boleh.

11. Adakah semua premis KPM ditutup?

Ya. Semua prasekolah, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat, pusat tahfiz, kolej dan pusat GENIUS dan lain-
lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti serta Institut Pendidikan Guru ditutup sepenuhnya dalam tempoh tersebut.

Namun begitu, kemudahan asrama disediakan seperti biasa kepada semua pelajar KM dan IPG yang masih tinggal di asrama.

Semua bahagian dan agensi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) juga ditutup.

Sumber : MOE

Leave a Reply