Soalan Lazim Permohonan UPU (FAQ) Kemasukan UA

Soalan Lazim Permohonan UPU (FAQ) Kemasukan UA. Bilakah tarikh permohonan kemasukan UA sesi 2020/2021? Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian di Universiti Awam. Sebelum mengemukakan permohonan UPU kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier, sebelum itu pemohon perlu mengetahui cara permohonan, keputusan dan rayuan. Menerusi laman FB BPKP JPT telah menampilkan satu fail PDF yang merangkumi soalan lazim UPU kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Soalan Lazim Permohonan UPU (FAQ)

Soalan Lazim Permohonan UPU (FAQ) Kemasukan UA

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang soalan-soalan lazim UPU yang merangkumi permohonan, syarat kelayakan, keputusan dan rayuan :

1. Apa itu meritokrasi dalam kemasukan pelajar?

Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama,
bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi
mengguna pakai ;

  • 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke 20 UA dan 3 Politeknik Premier.
  • 75% markah akademik, 15% sosioekonomi dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

2. Apa beza Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional/ METrO?

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan Universiti Awam. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Tiga (3) Politeknik Premier adalah seperti berikut ;

a) Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)

b) Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)

c) Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

Manakala Politeknik Konvensional pula adalah 25 buah politeknik selain Politeknik Premier.

Politeknik METrO adalah adalah politeknik yang ditubuhkan bagi memenuhi
keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang tertentu.

3. Bagaimana permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dikemukakan?

Permohonan kemasukan hanya melalui UPUOnline sahaja di Portal Rasmi
Kemasukan iaitu http://upu.mohe.gov.my

4. Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk
mengemukakan permohonan?

Permohonan kemasukan akan dibuka pada bulan Januari/ Februari setiap tahun. Pemohon perlu membeli No. Unik ID untuk mengemukakan permohonan.

5. Bagaimanakah cara untuk membeli No. Unik ID tersebut dan berapa harga No. Unik ID?

No. Unik ID boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM
BSN sehari selepas iklan disiarkan. Pemohon perlu membawa MyKad/ Salinan MyKad untuk membeli No. Unik ID. Harga No. Unik ID adalah RM15.60. Kos GST dikenakan oleh BSN.

6. Bagaimana untuk memastikan No. Unik ID yang dibeli adalah betul?

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/ Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX.

7. Bagaimana saya tahu yang saya layak memohon atau tidak?

Dalam e-Panduan, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info

8. Bolehkah saya mohon UPUOnline sedangkan saya belum mendapat
keputusan SPM lagi?

Boleh. Anda sememangnya digalakkan untuk memohon UPUOnline lebih awal bagi memastikan anda faham bagaimana untuk menggunakan UPUOnline. Anda boleh memilih program pengajian berdasarkan keputusan percubaan dan bidang yang diminati.

Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan. Anda boleh mengelakkan sebarang masalah teknikal/ kesesakan jika mohon UPUOnline lebih awal.

9. Saya telah tersilap daftar No. Kad Pengenalan (NO. KP) semasa pendaftaran peperiksaan SPM, adakah saya boleh memohon UPUOnline?

Boleh. Anda cuma perlu masukkan No. KP yang silap semasa pendaftaran peperiksaan SPM pada ruangan No. Kad Pengenalan Semasa Pendaftaran Peperiksaan dalam UPUOnline.

10. Saya cuba klik pautan SLIP dalam UPUOnline, tetapi tiada sebarang paparan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan. Mengapakah perkara ini berlaku?

Perkara ini berlaku kerana anda tidak berjaya mengemukakan permohonan.
Mungkin anda tidak klik ‘Sah & Hantar’ atau ada gangguan internet semasa
mengemukakan permohonan.

Setiap permohonan, anda perlu pastikan anda klik ‘Sah & Hantar’ dan pastikan Slip Permohonan UPUOnline dipaparkan dan dicetak/ disimpan sebagai rujukan. Pastikan Slip Permohonan UPUOnline adalah lengkap dengan dengan maklumat
permohonan.

11. Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa saya dipanggil untuk temu duga
atau ujian seperti Ujian MEdSI?

Anda perlu menyemak di laman web UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang
berkaitan. Pihak UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan juga akan turut menghubungi anda untuk maklumkan mengenai panggilan Temuduga/Ujian.

Selain itu, SMS Blast juga akan dihantar kepada anda untuk menyemak panggilan
temu duga/ ujian. Pastikan No. Telefon Bimbit yang dimasukkan adalah betul.

ARTIKEL BERKAITAN : Contoh Soalan Ujian MEdSI

12. Sekiranya saya membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian tersebut?

Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program- program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang lain.

13. Bagaimana untuk membuat rayuan bagi lepasan SPM yang tidak mendapat
tempat di Universiti Awam/ Politeknik Premier ?

Calon Lepasan SPM yang gagal untuk kemasukan ke Universiti Awam /Politeknik
Premier boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan mulai hari hebahan keputusan. Rayuan boleh di buat dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

14. Bagaimana untuk membuat rayuan bagi lepasan SPM ke program TVET di
Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA?

Calon yang gagal permohonan kemasukan ke Program TVET di Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan
rayuan terus kepada agensi yang berkaitan.

BACA JUGA : Permohonan UPU Kemasukan ke Universiti Awam 2020/2021

2 Comments

  1. Nur February 19, 2019
  2. Aina March 27, 2019

Leave a Reply