Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi 2024 (SLTPPM) Online. Panduan buat pelajar Matrikulasi KPM yang ingin mengikuti Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC). Untuk makluman, menerusi laman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk mengikuti Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara tahun 2022. Program ini menawarkan Biasiswa Perguruan Persekutuan untuk pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di dalam bidang Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) di Australia dan New Zealand.
Bagi pelajar yang berjaya dalam program ini akan ditempatkan sebagai tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi seluruh negara. Pelajar yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan kemasukan ke program tersebut boleh mengisi permohonan secara atas talian (online) di laman web http://apps.matrik.edu.my. Permohonan ini akan dibuka mulai 17 Februari hingga 26 Februari 2021.
Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi 2024 (SLTPPM) Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 17 Februari – 26 Februari 2021
Syarat Kelayakan Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi
a. Pelajar semasa Program Matrikulasi KPM
b. Minimum PGNK 3.60 dalam PSPM
c. Lulus SPM dengan 5A atau lebih
d. Sekurang-kurangnya Gred B dalam Bahasa Inggeris SPM
e. Sekurang-kurangnya Band 4 dalam MUET
f. Memperoleh gred cemerlang dalam bidang yang terpilih.
Cara Permohonan Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi Online
Permohonan kemasukan ke program ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://apps.matrik.edu.my/startpage/index.php
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web http://apps.matrik.edu.my.