Syarat Kemasukan GMI 2020 German-Malaysian Institute

Syarat Kemasukan GMI 2020 German-Malaysian Institute. Anda berminat melanjutkan pengajian ke German-Malaysian Institute ambilan 2020? Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin membuat permohonan kemasukan ke GMI ambilan 2020. Apakah syarat kemasukan German-Malaysian Institute terkini? Bagi anda yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan GMI secara online di laman web rasmi https://www.gmi.edu.my/.

Syarat Kemasukan GMI 2020 German-Malaysian Institute

Syarat Kemasukan GMI 2020 German-Malaysian Institute

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan German-Malaysian Institute ambilan 2020 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Am GMI

i. Warganegara Malaysia
ii. Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
iii. Calon-calon dimestikan lulus temuduga atau Ujian Khas kemasukan GMI
iv. Tiada kecacatan fizikal dan tidak rabun warna
v. Lulus Ujian Kesihatan dan Dadah

Syarat Khusus GMI

i. Lulus SPM/SPMV dengan mendapat
kepujian dalam:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik Moden / Matematik
    Tambahan
  • 1 Subjek Sains / Teknikal
  • 2 Subjek lain
  • dan sekurang-kurangnya lulus
    dalam Bahasa Inggeris

ii. Memiliki Sijil daripada IKM/ITI/ILP/Politeknik/Institut lain atau mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang diiktiraf oleh MLVK dan Lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam
Bahasa Melayu.

iii. Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) dengan 2 prinsipal.

iv. Memiliki Pra-Diploma atau Sijil Matrikulasi dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.00 dan ke atas dan lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam:

  • Bahasa Melayu
  • 2 subjek lain
  • dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Inggeris

Senarai Kursus Yang Ditawarkan GMI

  • Diploma in Production Technology (Tool & Die Technology)
  • Diploma in Production Technology (Mould Technology)
  • Diploma in Industrial Electronics (Electronics & Information Technology)
  • Diploma in Industrial Electronics (Mechatronics)
  • Diploma in Industrial Electronics (Process Instrumentation and Control)
  • Diploma in Network Security
  • Diploma in Product Design & Manufacturing
  • Diploma in CNC Precision Technology

Permohonan GMI 2020 Online

Permohonan kemasukan ke German-Malaysian Institute ambilan 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://www.gmi.edu.my/

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan kemasukan dan pendaftaran pelajar baru, sila hubungi:

Unit Kemasukan & Rekod GMI
Telefon: 03-8921 9000 atau 03-8921 9015 atau 03-8921 9457
E-mail: admission@gmi.edu.my

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke German-Malaysian institute ambilan 2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: