Permohonan Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia

Permohonan Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia. Adakah anda pelajar lepasan SPM atau SKM? Panduan buat anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke JMTI boleh dibuat secara online mulai 30 September hingga 30 November 2018 di portal web JTM. Seperti mana anda tahu, JMTI adalah merupakan salah satu institusi daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain ditawarkan di ILP dan ADTEC.

Permohonan Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia

Institut Teknikal Jepun-Malaysia atau Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) menawarkan 2 peringkat pengajian kepada pelajar lepasan SPM/SPMV & setaraf untuk program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Permohonan kemasukan ke JMTI boleh dibuat permohonan bagi pengambilan sesi Januari dan Julai setiap tahun.

Permohonan Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan ILJTM sesi Januari 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan ILJTM Sesi Januari 2019

30 Sept 2018 : Sistem Permohonan Online dibuka

30 Okt 2018 : Sistem Permohonan Online ditutup

1 Nov 2018 : Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)

7 – 8 Nov 2018 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)

30 Nov 2018 : Hebahan Keputusan Permohonan

6 Dis 2018 : Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran

6/7 Jan 2019 : Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Januari 2019

Syarat Kemasukan JMTI 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat-syarat kemasukan am dan akademik JMTI :

Syarat Am kemasukan JMTI

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)

3. Boleh membaca, menulis & mengira

4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Program Kemasukan JMTI

A. PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DTK) 

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

3. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik

4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer

B. PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (DLTK)

1. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

3. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik

4. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer

Cara Permohonan Kemasukan JMTI 2019 Online

1. Permohonan kemasukan Ke JMTI boleh dibuat secara online di http://www.jtm.gov.my/ bagi sesi Januari 2019.

2. Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan.

3. Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi di ;

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),

Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Kementerian Sumber Manusia,

Aras 6, Blok D4, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62530 Putrajaya

Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418

E-mel: jtm@mohr.gov.my

INFO BERKAITAN :

● Senarai Kursus JMTI 2019 Program Jangka Pendek/ Sepenuh Masa

● Syarat Kemasukan JMTI 2018 Institut Teknikal Jepun Malaysia

Selamat membuat Permohonan Kemasukan JMTI 2019 Institut Teknikal Jepun Malaysia secara online. Semoga anda berjaya ditawarkan penempatan ke JMTI ambilan Januari 2019.

Leave a Reply

%d bloggers like this: