Syarat Kemasukan IPG 2025 PISMP Lepasan SPM. Apakah syarat kemasukan terkini ke Institut Pendidikan Guru? Panduan buat lepasan SPM yang ingin membuat permohonan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke IPG ambilan 2025 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi KPM. Sebelum membuat permohonan, calon dikehendaki mengetahui syarat-syarat kemasukan ke IPG dulu.

Syarat Kemasukan IPG 2025 PISMP Lepasan SPM/STPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Institut Perguruan Guru termasuk memaparkan syarat kelayakan, khusus pengajian dan aplikasi permohonan :
Senarai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru lepasan SPM dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, antara bidang utama yang ditawarkan di kampus ini adalah seperti berikut;
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Bahasa Cina
d. Bahasa Tamil
e. Bahasa Arab
f. Sains
g. Matematik
h. Pengajian Sosial
i. Pendidikan Islam
j. Pendidikan Seni Visual
k. Pendidikan Jasmani
m. Pendidikan Prasekolah
n. Pendidikan Muzik
o. Pemulihan
Syarat Kemasukan Institut Pendidikan Guru 2025
Antara syarat-syarat umum dan asas akademik kemasukan ke Institut Pendidikan Guru iaitu :
A. Syarat Umum
i. Warganegara Malaysia
ii. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005
iii. Sihat tubuh badan
iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
B. Syarat Asas Akademik
i. LULUS SPM dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
ii. Memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam tiga mata pelajaran
berikut di peringkat SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Cara Permohonan PISMP IPG 2025 Online
Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru boleh dibuat secara online di laman web https://pismp.moe.gov.my/.
Sebarang pertanyaan tentang Institut Pendidikan Guru, sila hubungi di:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon: 03-8312 6733/6760/6723/6720/6768/6693
BACA JUGA : Senarai Lokasi dan Alamat IPG di Malaysia