Semakan Ujian UKCG 2023 Online Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG). Bilakah tarikh semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) tahun 2023? Panduan buat pemohon yang telah membuat permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2023. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan e-UKCG akan dijalankan bermula pada 17 – 20 April & 26 – 28 April 2023 (ambilan 1) dan 14 – 15 Jun 2023 (ambilan 2). Calon yang telah melengkapkan permohonan PISMP 2023 secara dalam talian akan diberi tarikh menduduki e-UKCG.

Semakan Ujian UKCG 2023 Online Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan e-UKCG termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :
Tarikh pelaksanaan e-UKCG: 17 – 20 April & 26 – 28 April 2023 (ambilan 1), 14 – 15 Jun 2023 (ambilan 2)
Apakah Itu Ujian Kelayakan Calon Guru?
e-UKCG adalah ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.
Saringan e-Ujian Kelayakan Calon Guru 2023
- Soalan: e-UKCG terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A (120 soalan) dan bahagian B (60 soalan)
- Masa: Bahagian A (30 minit), Bahagian B (15 minit)

Cara Semakan e-UKCG 2023 Online
Pemohon boleh membuat semakan UKCG secara atas talian (online) di laman web https://ukcg.moe.gov.my/
Panduan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru
a. Peka dengan tarikh e-UKCG yang ditetapkan dan baca panduan e-UKCG yang dibekalkan.
b. Guna peranti yang sesuai seperti komputer atau tablet.
c. Pastikan talian internet dalam keadaan stabil semasa ingin menjawab e-UKCG.
d. Baca arahan sebelum mula menjawab e-UKCG.
e. Pastikan calon menjawab e-UKCG dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Semakan Keputusan e-UKCG 2023 Online
Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2023 boleh disemak mulai 20 Julai 2023, jam 3.00 petang.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.moe.gov.my/.
Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk Ujian Kelayakan Calon Guru ambilan sesi 2023. Semoga anda berjaya ke sesi temuduga dalam program PISMP.
BACA JUGA: Contoh Soalan Ujian UKCG