Syarat Kemasukan Kolej Vokasional 2019

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional 2019. Adakah anda pelajar Tingkatan Tiga? Panduan buat anda lepasan Tingkatan 3 yang telah menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau Pendidikan Asas Vokasional (PAV) tahun 2018. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) ambilan Januari 2019 akan dibuka sekitar bulan Oktober 2018. Bagi pelajar yang berminat untuk kemasukan ke Kolej Vokasional, pastikan anda menyemak dahulu syarat permohonan Kolej Vokasional.

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kelayakan Kolej Vokasional ambilan Januari 2019 bagi Aliran Perdana/ Akademik/ Agama dan PAV :

Syarat Umum dan Khusus Program Kolej Vokasional (Menjurus Kepada Diploma)

Bagi Murid Lepasan Tingkatan 3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana/ Akademik/ Agama

Syarat Umum ;

● Calon adalah Warganegara Malaysia

● Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM

● Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

● Calon sihat tubuh badan

● Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali

● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA

● Calon bebas daripada masalah mental

● Calon berminat dengan program dipohon.

Syarat Khusus ;

● Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3)

● Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

Syarat Umum dan Khusus Program Kemahiran di Kolej Vokasional

Bagi Murid Lepasan Tingkatan 3 Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Syarat Umum ;

● Calon mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017.

● Calon sihat tubuh badan

● Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali

● Calon bebas daripada masalah mental

● Calon berminat dengan program dipohon

● Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)

● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA

Syarat Khusus ;

● Bagi calon yang berminat untuk ke Kolej Vokasional, calon mestilah memperoleh minimum SKM Tahap 2 semasa mengikuti PAV di SMK

Untuk maklumat tentang kemasukan Kolej Vokasional, anda perlu layari ke http://bptv.moe.gov.my.

INFO BERKAITAN :

● Senarai Kursus dan Lokasi Kolej Vokasional 2019

● Permohonan Kolej Vokasional 2019 Online

Selamat membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional sesi 2019. Semoga perkongsian tentang syarat kemasukan Kolej Vokasional ini dapat dijadikan panduan buat calon.

Leave a Reply

%d bloggers like this: