Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2024/2025 Online (mrsm.mara.gov.my)

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2024/2025 Online (mrsm.mara.gov.my). Berminat melanjutkan pengajian ke MRSM? Panduan buat lepasan UPSR yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA. Untuk makluman menerusi KPM, permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 ambilan 2024 akan dibuka bermula pada 15 September hingga 20 Oktober 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web https://mrsm.mara.gov.my. Bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh untuk Tingkatan 1 dibuka pada bulan Ogos 2023.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2024/2025 Online (mrsm.mara.gov.my)

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa pelajar TAHUN ENAM yang berminat serta cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke tingkatan 1 MRSM tahun 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2024/2025 Online (mrsm.mara.gov.my)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Maktab Rendah Sains MARA bagi kemasukan Tingkatan Satu termasuk memaparkan syarat umum kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan online :

Tarikh Permohonan: 15 September – 20 Oktober 2023

Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Antara syarat-syarat umum kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA bagi Tingkatan 1 :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  4. Pemohon hendaklah menjawab Online Self-Assessment (OSA) dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara Permohonan MRSM Tingkatan 1 2024 Online

Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu secara dalam talian (online). Pemohon perlu layari laman web berikut untuk mendapatkan kata laluan permohonan. Pengambilan kata laluan permohonan adalah percuma.

1. Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2024 Online

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu MRSM diumumkan selewat-lewatnya bulan Februari 2024. Semakan keputusan MRSM boleh disemak secara online menerusi laman web e-semakan. Permohonan rayuan MRSM akan dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke MRSM ambilan pertama.

NOTA:

  1. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga tarikh ditetapkan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  2. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  3. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel pengambilanmrsm@mara.gov.my atau melalui Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA iaitu 03-26134531/ 32/ 33/ 17/ 16/ 78/ 65/ 39/ 40/ 34/ 35/ 38/ 37/ 34494.

BACA JUGA : 

Leave a Reply

%d bloggers like this: