Syarat Kemasukan UIAM 2021 Lepasan SPM/ STPM

Syarat Kemasukan UIAM 2021 Lepasan SPM/ STPM. Berminat menyambung pengajian di UIAM? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ambilan 2020/2021. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UIAM bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk kemasukan Februari 2021 boleh dibuat terus ke laman portal UIA.

Syarat Kemasukan UIAM 2021 Lepasan SPM/ STPM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau singkatan UIAM merupakan salah satu Universiti Awam terbaik di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Gombak, Selangor. Universiti ini ditubuhkan untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam. Kini, UIAM mempunyai 13 buah fakulti dan 12 pusat kecemerlangan.

Syarat Kemasukan UIAM 2021 Lepasan SPM/ STPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf :

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi) (Kepujian)

i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya 4B pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut Bahasa Inggeris:
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam MUET;
iv. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Qur’an & As-Sunah / Pendidikan Syariah IslamiahzMatematik / Matematik Tambahan, Mana-mana tiga (3) mata pelajaran lain termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa Arab dan Kesusasteraan) (Kepujian)

i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran seperti iaitu Bahasa Arab;
iii. Mendapat sekurang-kurangnya 2A pada peringkat SPM dalam matapelajaran seperti iaitu Bahasa Arab Komunikasi;
iv. Mendapat sekurang-kurangnya 3B pada peringkat SPM dalam matapelajaran seperti iaitu Bahasa Arab Tinggi;
v. Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam matapelajaran seperti iaitu Bahasa Inggeris;
vi. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET;
vii. Mendapat sekurang-kurangnya 3B pada peringkat SPM dalam matapelajaran seperti iaitu Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Qur’an & As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah

Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang syarat kemasukan terus ke laman http://www.iium.edu.my/programme/

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan ke UIAM, sila hubungi ;

International Islamic University Malaysia
P.O. Box 10, 50728 Kuala Lumpur

Phone : (+603) 6421 6421
Fax : (+603) 6196 4053
Email : webmaster@iium.edu.my
Laman Web : http://www.iium.edu.my/my

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan ke UIAM 2021

Leave a Reply