Syarat Kemasukan UNIMAS 2025 Lepasan SPM/ STPM

Syarat Kemasukan UNIMAS 2025 Lepasan SPM/ STPM. Berminat menyambung pengajian di UNIMAS? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ambilan 2025. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UNIMAS bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk kemasukan Februari 2025 boleh dibuat terus ke laman portal UNIMAS.

Syarat Kemasukan UNIMAS 2024 Lepasan SPM/ STPM

Universiti Malaysia Sarawak atau singkatan UNIMAS merupakan salah satu Universiti Awam di Malaysia yang terletak di Sarawak. Kampus utama UNIMAS terletak di Kota Samarahan, Sarawak. Terdapat 8 fakulti yang menawarkan pelbagai program pengajian iaitu Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Syarat Kemasukan UNIMAS 2025 Lepasan SPM/ STPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Sarawak termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Khas Program Kemasukan UNIMAS

Sarjana Muda Kejuruteraan

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran berikut iaitu Fizik, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia;
ii. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris / Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

Sarjana Muda Kejururawatan

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mata pelajaran Biologi.
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut iaitu Kimia dan Fizik;
iii. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris/Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM.

Nota: Untuk dapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan terus ke laman https://online.moe.gov.my/upu/emas/

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan UNIMAS boleh dikemukakan kepada:

Pendaftar
Unit Pengambilan dan Kemasukan
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
SARAWAK

No. Tel : 082-671000 samb 657/811/806
No. Faks : 082-673186)
Laman Web: www.unimas.my

BACA JUGA: Permohonan Kemasukan Universiti Malaysia Sarawak

Leave a Reply