Syarat Kemasukan UniSZA 2024 Lepasan SPM/ STPM. Berminat menyambung pengajian di UniSZA? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ambilan 2024. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UniSZA bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk kemasukan Februari 2023 boleh dibuat terus ke laman portal UniSZA.
Universiti Sultan Zainal Abidin atau dahulunya dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia merupakan salah satu Universiti Awam terbaru di Malaysia. UNISZA setakat ini mempunyai tiga kampus di Terengganu yang telah beroperasi iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Kota dan Kampus Tembila. Universiti ini menawarkan pelbagai kursus pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PH.D.
Syarat Kemasukan UniSZA 2024 Lepasan SPM/ STPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Sultan Zainal Abidin termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf :
Syarat Khas Program Kemasukan UniSZA
DIPLOMA PERAKAUNAN
i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C mata pelajaran berikut pada peringkat SPM Mathematics, Bahasa Inggeris, Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C SATU(1) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat SPM Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam dan Bahasa Arab
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Bahasa Arab DAN Mathematics pada peringkat SPM;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C DUA(2) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat SPM iaitu Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam;
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred E mata pelajaran Bahasa Inggeris
IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (QIRAAT) DENGAN KEPUJIAN
i. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat Diploma dalam bidang berkaitan manakala mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid pada peringkat STAM;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Bahasa Arab pada peringkat SPM
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C DUA(2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam;
iv. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C SATU(1) mata pelajaran lain selain yang telah dipilih TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu pada peringkat SPM
v. Mendapat sekurang-kurangnya Gred E Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
vi. Lulus temuduga
vii. Hafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk Al-Quran berserta surat pengesahan dari badan / institusi yang diiktiraf
Nota: Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang syarat kemasukan sila ke laman https://www.unisza.edu.my/
Sebarang keterangan lanjut tentang kemasukan UniSZA, sila hubungi :
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Kampus Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, MALAYSIA
No. Tel : +609-668 8657 / 8659 / 8658 / 8655 No. Faks : 09-6687839
Laman Web : https://www.unisza.edu.my
BACA JUGA: Permohonan Kemasukan ke UniSZA
kalau diploma syariah , kelayakkan dia apa ye ?
Nk tnye kalau nk amik course diploma undang undang bi dapat c blh ker mohon
Slm..Anak saya mohon rayuan Kat Unisza utk spm 2020 baru lps utk Teknologi Maklumat Multimedia..Adakah beliau layak dgn keputusan spm 4 A – maths, sejarah, pendidikan islam A , – Bm, Bi, fizik , kimia ,Bio C+ dan add maths G..mohon jasa baik reply saya .sekian terima kasih
Assalamualaikum,nak tnya
syarat kmsukn diploma quran dan sunnah pun kena hafl sekurg-kurgnya 15 juzuk ka?