Syarat Kemasukan UUM 2020 (Universiti Utara Malaysia)

Syarat Kemasukan UUM 2020 (Universiti Utara Malaysia). Berminat menyambung pengajian di UUM? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, STAM, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) ambilan 2020/2021. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UUM bagi program Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Muda (Masters) untuk ambian September 2020 boleh dibuat terus ke laman portal UUM.

Syarat Kemasukan UUM 2020 (Universiti Utara Malaysia)

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan salah satu Universiti Awam di Malaysia yang terletak di Kedah. Kampus utama Universiti Utara Malaysia terletak di Sintok, Kedah dan kampus keduanya di Kuala Lumpur.

Syarat Kemasukan UUM 2020 (Universiti Utara Malaysia)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Utara Malaysia termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Khas Program Kemasukan UUM

SARJANA MUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN

i. Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi mata pelajaran Ekonomi;
ii. Kepujian dalam mata pelajaran Matematik/Ekonomi Asas atau lulus dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di peringkat SPM;
iii. Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).
iv. Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

SARJANA MUDA KEWANGAN/ SARJANA MUDA PENBANKAN/ SARJANA MUDA PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS

i. Kepujian dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM.
ii. Lulus dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan dan Kepujian dalam mata pelajaran Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas/ Perdagangan di peringkat SPM;
iii. Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau lulus MUET sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2).
iv. Kelulusan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) bagi Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM boleh diterima sebagai ganti syarat Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Sebarang keterangan lanjut mengenai program pengajian boleh dikemukakan kepada:

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Tel: 04-928 3174/ 04-928 3108/ 04-928 3168/ 04-928 3103/ 04-924 1801
Faks : 04-928 3109 / 04-928 3115
Emel : heanet@uum.edu.my
Laman Web : http://www.uum.edu.my

Leave a Reply