Semakan Keputusan UUM Mac 2025 Online (Ambilan Kedua)

Semakan Keputusan UUM Mac 2025 Online (Universiti Utara Malaysia). Bilakah tarikh keputusan permohonan UUM ambilan 2025-26? Panduan buat pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan Universiti Utara Malaysia (UUM) ambilan Mac 2025. Untuk makluman, semakan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Utara Malaysia bagi lepasan STPM/ Setaraf sesi akademik 2024-25 boleh dibuat secara online bermula pada bulan Februari 2024. Tahniah kepada pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Utara Malaysia untuk pengambilan baharu.

Semakan Keputusan UUM Februari 2025 Online (Universiti Utara Malaysia)

Permohonan Universiti Utara Malaysia ambilan kedua adalah terbuka kepada pelajar lepasan Diploma dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan MQA. Program yang ditawarkan untuk ambilan kedua ini bagi program Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PH.D. Selain UUM, beberapa Universiti Awam (UA) di Malaysia yang lain turut menawarkan kemasukan ambilan kedua seperti UIAM, UITM, UM, UPSI, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan UTM.

Semakan Keputusan UUM Mac 2025 Online (Universiti Utara Malaysia) 

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan kemasukan UUM termasuk memaparkan tarikh keputusan dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan: –

Universiti Utara Malaysia atau singkatan UUM adalah merupakan universiti awam ke-6 di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1984. Kampus utama terletak di Sintok dan kampus cawangan di Kuala Lumpur. Terdapat beberapa fakulti di UUM antaranya iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti, Fakulti Perniagaan Islamik, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan sebagainya.

Syarat Am Kemasukan UUM 2025

Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Utara Malaysia adalah seperti berikut :

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu dan lulus dalam matapelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

2. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.

3. Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysian University English Test (MUET).

Cara Semak Kemasukan Universiti Utara Malaysia Online

a. Untuk semakan tawaran kemasukan ke UUM boleh dibuat menerusi laman web http://asisonline.uum.edu.my/

b. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (Contoh: 880702025172) dan tekan butang untuk semakan.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendaftaran kemasukan UUM, sila hubungi di talian 04 928 3309/3323/3324/3334 atau email ke heanet@uum.edu.my.

BACA JUGA: Senarai Universiti Awam di Malaysia

Leave a Reply