Tarikh Konvokesyen UiTM 2022 (Semakan). Bilakah tarikh konvokesyen Universiti Teknologi MARA tahun 2022? Panduan buat graduan UiTM yang ingin ketahui tarikh konvokesyen Universiti Teknologi MARA tahun 2022. Bagi para pelajar yang bakal ke sesi konvokesyen boleh membuat semakan konvokesyen UiTM tahun 2022 secara online menerusi laman web konvokesyen.uitm.edu.my.

Sepertimana anda tahu, seluruh Universiti Awam, Politeknik termasuk IPTS di Malaysia akan mengadakan hari konvekesyen pada setiap tahun sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan buat graduan yang telah tamat pengajian.
Tarikh Konvokesyen UiTM 2022 (Semakan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Konvesyen UiTM termasuk memaparkan tarikh dan semakan :
Yuran Konvokesyen UiTM
Yuran konvokesyen akan dikenakan kepada semua graduan. Graduan hendaklah membayar kadar yuran mengikut peringkat pengajian masing-masing sama ada hadir atau tidak hadir ke konvokesyen. Bayaran yuran adalah untuk skrol, transkrip rasmi dan sumbangan tabung alumni.
Peringkat Pengajian | Yuran Konvokesyen |
Ijazah Doktor Falsafah | RM230 |
Ijazah Sarjana | RM210 |
Diploma Lepasan Ijazah/ Ijazah Sarjana Muda / Profesional | RM175 |
Diploma / Profesional | RM150 |
Semakan Sesi Konvokesyen UiTM
Graduan boleh menyemak sesi konvokesyen UiTM di pautan https://simsweb.uitm.edu.my/sportal_app/graduat
Jadual Istiadat Konvokesyen UITM 2022
ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-93 (SESI NOVEMBER 2020)
Ianya hanya terlibat bagi graduan sesi Konvokesyen UiTM ke-93 (November 2020) yang telah lengkap divaksinasi dan berada dalam kategori risiko rendah sahaja.
A. UiTM Shah Alam – 2 hingga 23 Mac 2022
B. UiTM Cawangan Sarawak – 15 hingga 16 Mac 2022
C. UiTM Cawangan Sabah – 17 Mac 2022
Etika Berpakaian Graduan Semasa Istiadat Konvokesyen UiTM
Tatacara Pemakaian Jubah Graduan Istiadat Konvesyen UiTM
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan yuran konvokesyen, sila hubungi Unit Kewangan Zon 16, Pejabat Bendahari, UiTM Shah Alam telefon 03-5544 3441/3435/3445/8274/3369 atau e-mel ke kewanganpelajar@uitm.edu.my.
BACA JUGA :
Sumber : UiTM