Login UiTM Student Portal: Jadual Kelas, Pendaftaran Kursus & Semak Keputusan. Nak log masuk UiTM Student Portal? Panduan buat pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA. Untuk makluman, kini Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyediakan satu portal online iaitu UiTM Student Portal adalah aplikasi yang menyediakan pelbagai fungsi merangkumi table kelas, pendaftaran kursus dan semakan keputusan peperiksaan. Sebelum itu, anda perlu membuat pendaftaran akaun UiTM Student Portal untuk mengakses dan mendapatkan maklumat terkini.

Login UiTM Student Portal: Jadual Kelas, Pendaftaran Kursus & Semak Keputusan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang UiTM Student Portal termasuk memaparkan fungsi dan cara pendaftaran :
Universiti Teknologi MARA atau UiTM merupakan Universiti Awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Sehingga kini terdapat 34 kampus UiTM di seluruh Malaysia. UiTM turut menawarkan beberapa pengajian dalam peringkat Asasi, Pra Diploma, Diploma, Sarjana Muda hingga pascasarjana.
Senarai Fungsi UiTM Student Portal
Antara beberapa fungsi yang disediakan dalam UiTM Student Portal adalah seperti berikut :
1. Admission
- Status Permohonan
2. Akademik
- Jadual Kelas
- Sistem Pendaftaran eCourse
- Peraturan Akademik
- Transkrip Akademik
- Kalendar Akademik
3. Peperiksaan
- Slip Peperiksaan
- Jadual Peperiksaan
- Semak Semula Keputusan Peperiksaan
4. Majlis Graduasi
5. Student Login
6. Student Affair
Artikel Berkaitan : Semak Syarat Kemasukan UiTM Online
Cara Daftar dan Login UiTM Student Portal
1. Layari di portal https://istudent.uitm.edu.my/isp/index_isp.htm
2. Kemudian, klik pada ‘here to recover’.
3. Masukkan student ID anda, alamat emel dan nombor sekuriti pada ruangan yang ditetapkan.
4. Kemudian, klik ‘Send my password to email now’.
5. Periksa emel anda dan sila ikuti arahan yang disediakan dalam emel tersebut.
Aplikasi i-Student Portal
Selain UiTM Student Portal, anda juga boleh menggunakan aplikasi i-Student Portal untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan UiTM.
Nak muat turun aplikasi ini boleh klik pada pautan https://play.google.com/store/apps/details?id=my.edu.uitm.istudent
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :
- Aduan ICT
- Laman web rasmi https://www.uitm.edu.my/index.php/en/
- No. Tel : 03- 55442000
BACA JUGA :