Tarikh Pembayaran & Semakan Bantuan Awal Persekolahan 2025 RM150 (BAP)

Tarikh Pembayaran & Semakan Bantuan Awal Persekolahan 2025 RM150 (BAP). Bilakah tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan tahun 2025? Berita baik buat murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Untuk makluman menerusi pembentangan Belanjawan 2025, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) masih diteruskan dengan kenaikan bayaran kepada RM150 dan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa untuk sesi persekolahan 2024/2025. Peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah bermula pada 13 Januari 2025.

Tarikh Pembayaran & Semakan Bantuan Awal Persekolahan 2023 RM150 (BAP)

Dalam pembentangan bajet, Kerajaan MADANI memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid. Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.

Tarikh Pembayaran & Semakan Bantuan Awal Persekolahan 2025 RM150 (BAP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Awal Persekolahan termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh, kadar dan agihan bayaran :

Apa Itu Bantuan Awal Persekolahan?

Bantuan Awal Persekolahan atau ringkasnya BAP mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak bermula dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150 bagi seorang murid secara one-off.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2025

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

1. Murid adalah warganegara Malaysia.

2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

3. Kepada semua pelajar daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Artikel Berkaitan: Jadual Cuti Persekolahan

Tarikh Bayaran BAP 2025

Peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 13 Januari 2025 dan pihak sekolah dimohon untuk membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus peruntukan diterima oleh sekolah.

Cara BAP Disalurkan Kepada Murid

Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut;

(a) Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah);

(b) pengkreditan ke akaun bank murid; atau (c) pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).

Sebarang pertanyaan tentang BAP sila ke laman web rasmi KPM.

BACA JUGA: Takwim Peperiksaan Awam

Sumber: MOE

Leave a Reply