Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2021

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2021. Apa itu UKKM? Panduan buat pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan 2021. Untuk makluman menerusi portal MRSM, calon diwajibkan untuk menduduki dan lulus empat Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat sebelum dipertimbangkan bagi pengambilan pelajar baharu. Ujian ini membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian untuk kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2021.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2021

Menurut Pengerusi MARA, pembatalan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadikan syarat kelayakan UKKM digunakan bagi pemilihan pelajar ke MRSM. Manakala permohonan ke MRSM Program Ulul Albab pula, calon diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2021

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM termasuk memaparkan syarat, subjek dan tempat UKKM :

Maktab Rendah Sains MARA adalah merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia. Tujuan penubuhannya adalah menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Sehingga kini, terdapat 54 MRSM di seluruh Malaysia.

Apa Itu UKKM

UKKM ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM untuk kemasukan Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM. Secara ringkasnya, UKKM ini dianggap sebagai salah satu tiket untuk pengambilan pelajar ke MRSM.

Syarat UKKM

Wajib kepada semua pemohon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Maktab Rendah Sains MARA Seluruh Malaysia

Subjek UKKM 2021

Matematik

  • Masa Menjawab : 30 minit
  • Jumlah Soalan : 20 soalan objektif

Sains

  • Masa Menjawab : 30 minit
  • Jumlah Soalan : 30 soalan objektif

Bahasa Inggeris

  • Masa Menjawab : 30 minit
  • Jumlah Soalan : 15 soalan objektif

Keperibadian

  • Masa Menjawab : 30 minit
  • Jumlah Soalan : 100 soalan objektif
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) 2021

Tempat Ujian UKKM

Pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM.

Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi MRSM https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan ke MRSM 2021

Leave a Reply