Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPUOnline (mqa.gov.my/mqr)

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPUOnline (mqa.gov.my/mqr). Bagaimana cara dapatkan salinan cetakan Akreditasi MQA? Panduan buat pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke universiti awam bagi pengajian ijazah pertama. Untuk pengetahuan, sebelum pemohon mengesahkan permohonan UPU, calon wajib memuat naik (upload) beberapa salinan dokumen yang bercetakan tanda cop sebagai bahan bukti permohonan. Salah satunya adalah anda wajib memuat naik salinan cetakan akreditasi daripada MQA.

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPUOnline (mqa.gov.my/mqr)

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPUOnline (mqa.gov.my/mqr)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan atau cara mendapatkan salinan cetakan akreditasi MQA untuk permohonan UPU termasuk memaparkan aplikasi online :

Malaysian Qualifications Agency atau singkatan MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti kursus pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti,  Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi?

Akreditasi merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada IPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

Cara Dapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA

1. Sila layari ke laman rasmi MQA http://www2.mqa.gov.my/

2. Lihat disudut sebelah kiri dan klik pada “carian kata kunci” (TUKAR KE BAHASA MELAYU).

3. Masukkan kata kunci yang bersesuaian di bawah ruangan ‘Nama Kelayakan‘ dan ‘Nama IPT’ (sebahagian atau nama penuh).

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPUOnline

4. Klik pada ikon ‘Papar’ untuk program yang dikehendaki.

5. Cetak maklumat program atau kelayakan yang dipaparkan (cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA UPUOnline (mqa.gov.my/mqr)

6. Selesai cetak, bolehlah muat naik salinan akreditasi ini ke laman permohonan UPU.

Nota:

i. Senarai program pengajian daripada Politeknik yang diletakkan di bawah Politeknik – Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, 62505 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah turut meliputi semua program yang sama dijalankan di mana-mana cawangan Politeknik yang lain.

ii. Bagi pelajar lepasan SPM/ STPM/ STAM/ Matrikulasi KPM/ Asasi IPTA TIDAK perlu mendapatkan salinan cetakan akreditasi ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

Malaysian Qualifications Agency
Mercu MQA, No. 3539,
Jalan Teknokrat 7, Cyber 5,
63000 Cyberjaya, Selangor

No. Tel : 03 86881900

BACA JUGA : Permohonan UPU Kemasukan ke Universiti Awam 2023

Leave a Reply