Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma

Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma. Anda pelajar lepasan SPM? Pastinya anda dalam dilema untuk melanjutkan pengajian, benar tidak? Untuk artikel kali ini akan kongsikan tentang perbezaan Tingkatan Enam dan Diploma. Lazimnya, apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan pelajar akan mula fikirkan kursus apa yang hendak dipilih dan diikuti. Adakah lanjutan ke STPM? Diploma atau Matrikulasi? Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau atau ingin sambung pelajaran berikut dikongsi perbezaan masuk Tingkatan 6 atau Diploma.

Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma

Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang perbezaan masuk Tingkatan 6 atau Diploma yang boleh dijadikan panduan buat pelajar :

Diploma

Pengajian peringkat Diploma bertujuan menyediakan tenaga pekerja separa Profesional seperti Penolong Pengurus, Penolong Jurutera dan sebagainya. Mengambil masa lebih lama daripada Tingkatan Enam kerana pelajaran Diploma memberikan ilmu dan kemahiran dalam bidang kerjaya tertentu. Tamat pengajian, dapat diploma yang boleh digunakan untuk memohon kerja. Pembelajaran yang agak senang (tidak semua) kerana masa yang cukup.

Tingkatan 6

Masa yang lebih singkat jika dibandingkan dengan diploma. Sijil STPM juga hampir setaraf diploma dan turut diiktiraf universiti di luar negara. Sijil STPM turut mempunyai kelebihan jawatan sama ada swasta atau kerajaan jika memohon kerja. Tambahan lagi, jimat kos kerana tempat belajar  di sekolah hampir dengan rumah. Boleh terus mohon Ijazah Sarjana Muda selepas tamat tingkatan 6.

INFO BERKAITAN :

Perbezaan Tingkatan 6 Matrikulasi Asasi dan Diploma IPTA

Semoga perkongsian tentang Perbezaan Masuk Tingkatan 6 Atau Diploma dapat dijadikan rujukan buat calon lepasan SPM.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: