Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) 2021 (Semakan Status)

Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) 2021 (Semakan Status). Berita baik buat anak jati Negeri Sarawak yang memerlukan bantuan kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk makluman, kerajaan Sarawak telah mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) untuk dimanfaatkan kepada rakyat Sarawak khususnya golongan berpendapatan rendah B40 termasuk bujang. Insentif BKSS 6.0 untuk Ketua Isi Rumah B40 sebanyak RM250 untuk tempoh 6 bulan (mulai bulan Julai) manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima bayaran RM500 secara one-off mulai 31 Ogos 2021.

Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) 2021 (Semakan Status)
Foto Kredit : iloveborneo

Senarai penerima bayaran bantuan ini adalah merupakan senarai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BSH) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diluluskan oleh LHDN. Bantuan Khas Sarawakku Sayang diumumkan untuk meringankan beban golongan B40 yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Pada masa sama, kerajaan akan menggalakkan penggunaan SarawakPay untuk berbelanja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) 2021 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan cara permohonan :

Tarikh Dan Jumlah Bayaran BKSS 6.0

Bagi ketua isi rumah B40 akan menerima bayaran sebanyak RM250 setiap bulan selama 6 bulan berturut-turut seperti berikut :

  • Bayaran Pertama : 31 Julai 2021
  • Bayaran Kedua : 31 Ogos 2021
  • Bayaran Ketiga : 30 September 2021
  • Bayaran Keempat : 31 Oktober 2021
  • Bayaran Kelima : 30 November 2021
  • Bayaran Keenam : 31 Disember 2021

Manakala golongan bujang pula akan dikreditkan bayaran bermula pada 31 Ogos 2021.

Senarai BKSS 6.0 Untuk Rakyat

Antara senarai bantuan yang diberikan kepada warga Sarawak menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 seperti berikut :

  • Pemberian tunai sebanyak RM250 sebulan kepada ketua isi rumah B40. Pemberian ini adalah selama tempoh 6 bulan.
  • Pemberian tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada bujang B40.
  • Elaun petugas barisan hadapan (frontliner) RM200 -RM300 selama 6 bulan bermula Julai 2021.
  • Penjaja dan peniaga kecil akan menerima bayaran sebanyak RM1500.
  • Pemilik dan pengendali penambang berdaftar sebanyak RM500 secara one-off.
  • Pemandu e-hailing dan penjaga sekolah memandu menerima bayaran sebanyak RM500 secara one-off.
  • Pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar terima bayaran RM600.
  • Pengamal media menerima bayaran RM1500.
  • Pemberian RM500 sehingga RM3000 kepada pihak dan individu yang terlibat di dalam industri pelancongan.
  • Taksiran cukai pintu dikenakan diskaun 25%.
  • Skim Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak dikenakan diskaun 50%.
  • Pemberian bakul makanan kepada isi rumah terjejas.
  • Pengecualian bayaran permit dan lesen perniagaan.
  • Pengecualaian pembayaran lesen hotel dan rumah tumpangan.

Permohonan BKSS 6.0 2021 Online

Untuk BKSS 6.0 permohonan tidak diperlukan kerana menggunakan data BPN dan BPR yang sedia ada sebelum ini. Untuk makluman rujuk ke laman web BKSS https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak.

Semakan Status BKSS 6.0 Online

Untuk semakan status BKSS 6.0 boleh layari ke laman web https://sarawak.gov.my.

Cara Pembayaran BKSS 6.0

Bagi yang mempunyai akaun bank bayaran BKSS 6.0 akan dibayar ke akaun penerima masing-masing.

Sebarang makluman lanjut sila hubungi 082- 440127/ 440222.

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020

8 Comments

  1. Albert April 5, 2020
  2. Lydia binti kadri April 15, 2020
  3. Lydia binti kadri April 15, 2020
  4. Azlan Mat April 16, 2020
  5. caren nathelia May 4, 2020
  6. Irwan Mosli May 10, 2020

Leave a Reply