Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh 2019

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh 2019. Panduan buat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang ingin membuat permohonan penajaan atau cuti belajar bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh 2019

Tawaran permohonan penajaan/ cuti belajar ini dibuka mulai 23 Januari 2019 sehingga 6 Februari 2019 mulai jam 5.00 petang secara dalam talian (online) melalui sistem e-Penawaran. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tawaran permohonan penajaan/ cuti belajar bergaji penuh 2019 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 23 Januari – 6 Februari 2019

Syarat Penajaan/ Cuti Belajar Bergaji Penuh

A. SYARAT UMUM

i) Pegawai hendaklah mempunyai iltizam, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah
Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya, berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan; dan

ii) Belum memulakan pengajian di mana-mana Universiti Awam di dalam
atau luar negara.

B. SYARAT KHUSUS

i) Warganegara Malaysia;

ii) Pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tidak melebihi 50 tahun bagi peringkat Sarjana pada 1 Januari 2019;

iii) Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya Januari 2016) pada tarikh tutup permohonan;

iv) Berkhidmat secara tetap dan telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;

v) Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan;

vi) Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan (Jika calon didapati sedang atau telah mempunyai kelayakan Ijazah Lanjutan, KPM berhak membatal atau menarik balik tawaran/kelulusan tanpa sebarang notis);

vii) Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;

viii) Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS;

Cara Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh 2019 Online

1. Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan.

2. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my

Nota : Untuk dapatkan tatacara dan garis panduan pengguna sistem e-PENAWARAN bagi proses permohonan cuti belajar bergaji penuh KPM di SINI.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut :

1. Bahagian Biasiswa & Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan program):

Telefon (hotline): 03-8888 1616

Telefon (alternatif) : 03-8870 6370 / 6387 / 6369

E-mel : epenawaran@moe.gov.my

2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

Telefon (hotline): 03-8884 3717

E-mel : helpdesk@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan penajaan atau cuti belajar bergaji penuh tahun 2019.

Sumber : KPM

Leave a Reply

%d bloggers like this: