Senarai Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Terkini

Senarai Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Terkini. Berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Sukan Malaysia? Panduan buat pelajar yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM). Untuk makluman, permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan 2 kali setahun iaitu untuk Ambilan Januari dan Ambilan Julai. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM https://spassm.moe.gov.my.

Senarai Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Terkini

Sekolah Sukan Malaysia atau dikenali sebagai SSM adalah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan. Terdapat beberapa Sekolah Sukan Malaysia antaranya iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan sebagainya.

Senarai Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Terkini

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sekolah Sukan Malaysia termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan alamat SSM :

Syarat Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia

A. Syarat Umum

i. Warganegara Malaysia.
ii. Telah melalui Program Mengenalpasti Bakat (Talent Identification /Talent Search/ Talent Scouting).
iii. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
iv. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
v. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
vi. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).

B. Syarat Khusus

i. Pengambilan bagi atlet murid Tahun 5 dan Tahun 6
ii. Keutamaan adalah untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan di mana atlet murid juga telah menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
iii. Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan Satu (1)
iv. Atlet murid perlu memperolehi sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR serta telah melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.
v. Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan Dua (2) hingga Tingkatan Lima (5)
vi. Atlet murid perlu menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Alamat Senarai Sukan Sekolah Malaysia

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-90587335
No. Faks: 03-90587153

Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)
Jalan Bandar Gambang 10
Bandar Gambang
26300 Kuantan
Pahang
No. Tel: 09-5497000

Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
Bandar Penawar
81930 Bandar Penawar
Johor
No. Tel: 078223027

Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)
Peti Surat 18472
88875 Kota Kinabalu
Sabah
No. Tel: 088-402140
No. Faks: 088-402142/ 078223028

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)
Lot 50393
Jalan Lapangan Terbang
21300 Mukim Kuala Nerus
Kuala Terengganu
Terengganu
No. Tel:
No. Faks:

Cara Permohonan Kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia 2020

Bagi pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) layak memohon secara atas talian melalui laman web KPM https://spassm.moe.gov.my/.

BACA JUGA : Semakan Keputusan Permohonan Sekolah Sukan Malaysia

Leave a Reply