Login APDM 2025 Kehadiran Murid Online (apdm.moe.gov.my). Apa itu APDM KPM? Aplikasi Pangkalan Data Murid atau ringkasnya APDM adalah satu sistem pangkalan data murid secara dalam talian (online) yang bertujuan menyimpan segala maklumat berkenaan murid yang akan digunapakai ketika mengisi aplikasi SAPS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai Model Pengurusan Murid (PM) dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengelakkan guru-guru daripada memasukkan atau mengemaskini data berulang kali dalam sistem perkhidmatan online. Untuk pengemaskinian maklumat dalam Modul Pengurusan Murid APDM boleh layari ke laman web APDM.

Login APDM 2025 Kehadiran Murid Online (apdm.moe.gov.my)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Aplikasi Pangkatan Data Murid termasuk memaparkan fungsi APDM dan aplikasi semakan :
Fungsi Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
Berikut adalah fungsi-fungsi dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid seperti ;
1. Boleh membuat pendaftaran kelas baru bagi kemasukan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.
2. Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.
3. Menyemak maklumat murid jika ada perubahan.
4. Melakukan pindahan kelas
5. Mengesahkan semua maklumat murid
Cara Login APDM Online
a. Untuk akses sistem online APDM, sila layari ke laman https://apdm.moe.gov.my/
b. Masukkan ID Pengguna dan juga Kata Laluan yang telah diberikan kepada anda.
Soalan Lazim APDM (FAQ)
1. Bila Administrator APDM sekolah perlu mengesahkan semua data murid?
Dalam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan dihilangkan dan akan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pemantauan akan dilakukakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk memastikan data murid yang terdapat dalam APDM adalah terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM yang berkaitan dari masa ke semasa.
2. Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sedia ada?
Guru kelas boleh melakukannya dengan meminta Administrator APDM sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
3. Bagaimana sekiranya guru kelas lupa kata laluan?
Sila hubungi Admin APDM sekolah tersebut dan minta beliau reset katalaluan guru itu. Admin APDM sekolah perlu menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’ dan klik ‘Reset Katalaluan’ di ruangan nama guru kelas tersebut untuk menukarkan katalaluan sediada kepada default password.
*Maklumat lanjut tentang FAQ APDM sila ke laman SINI.
BACA JUGA: