Cara Daftar MUET Calon Persendirian 2024 (Check Slip). Nak daftar MUET bagi persendirian individu? Panduan buat calon Persendirian yang ingin membuat pendaftaran MUET tahun 2024. Untuk makluman menerusi MPM, pendaftaran MUET tahun 2024 akan dibuka sebanyak tiga sesi iaitu bulan Mac, Julai dan November. Bagi calon Persendirian Individu pendaftaran MUET boleh dibuat secara online melalui portal MPM https://www.mpm.edu.my atau terus di https://muet.mpm.edu.my. Setiap calon perlu membuat bayaran yuran ujian MUET yang dikenakan sebanyak RM150.
Cara Daftar MUET Calon Persendirian 2024 (Check Slip)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran MUET persendirian termasuk memaparkan tarikh dan cara daftar :
Tarikh Pendaftaran Ujian MUET 2024
Kalendar MUET tahun 2024 boleh dimuat turun atau dicetak daripada portal MPM https://www.mpm.edu.my/pautan-pantas/kalendar-peperiksaan/muet-2024 untuk mengetahui tarikh pendaftaran, tarikh ujian Speaking dan tarikh Ujian Bertulis.
Pendaftaran MUET Calon Persendirian 2024
1. Bagi Calon Persendirian boleh buat pendaftaran secara dalam talian menerusi portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://muet.mpm.edu.my/.
2. Kemudian, klik pada Registration Form.
i. Di bahagian Registration Form sila pilih Exam Centre.
ii. Lengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan.
iii. Teruskan dengan pembayaran menggunakan FPX atau Kad Kredit.
3. Pendaftaran anda complete.
4. Seterusnya pergi ke bahagian ‘Registration Statement’.
i. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan klik cari Icon atau masukkan nombor pasport anda jika anda mendaftar menggunakan nombor pasport.
ii. Klik, download PDF.
5. Sekiranya maklumat diiisi dengan lengkap calon boleh klik ‘Yes’, butang ‘Proceed’ jika anda sudah memuktamadkan perubahan.
NOTA:
a. Pusat ujian untuk Calon Persendirian Individu adalah terhad.
b. Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran tetapi ketetapan adalah tertakluk kepada SPP JPN.
Artikel Berkaitan: Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang
Cara Bayaran Yuran Pendaftaran MUET Calon Persendirian
Pembayaran yuran pendaftaran untuk menduduki ujian MUET bagi calon persendirian individu adalah secara dalam talian melalui pautan https://muet.mpm.edu.my. PIN MEC tidak boleh dibeli dan digunakan oleh calon persendirian individu untuk tujuan pendaftaran.
Cara Semak Slip Daftar MUET 2024
Calon Persendirian perlu menyemak dan mencetak MUET/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian, manakala calon sekolah/institusi hanya perlu menyemak MUET/D masing-masing.
NOTA: Calon hendaklah menyemak butiran yang tercatat pada MUET/D seperti nombor pengenalan diri, ejaan nama, angka giliran, pusat untuk menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 61261600 atau emel ke muet@mpm.edu.my.
BACA JUGA: Kalendar MUET