Kalendar Peperiksaan MUET 2023 (Tarikh Daftar Dan Ujian). Bilakah tarikh pendaftaran ujian MUET tahun 2023? Panduan buat calon yang ingin mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) tahun 2023. Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan jadual Peperiksaan MUET 2023 yang mengandungi tarikh pendaftaran dan hari peperiksaan. Lazimnya, peperiksaan MUET akan diadakan sebanyak 3 kali dalam setahun bagi sesi Mac, Julai dan November.

Kalendar Peperiksaan MUET 2023 (Tarikh Daftar Dan Ujian)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar peperiksaan MUET yang memaparkan maklumat berkaitan tarikh buka dan tutup pendaftaran, tarikh ujian bertulis dan ujian speaking :
Tarikh Ujian MUET 2023
Sesi 1
- Tarikh Pendaftaran : 7 Disember 2022 – 10 Januari 2023
- Ujian Speaking : 13, 14, 15, 16, 20 dan 21 Mac 2023
- Ujian Bertulis : 1 April 2023
- Keputusan : –
Sesi 2
- Tarikh Pendaftaran : 28 Februari – 4 April 2023
- Ujian Speaking : 13, 14, 15, 19, 20 dan 21 Jun 2023
- Ujian Bertulis : 15 Julai 2023
- Keputusan : –
Sesi 3
- Tarikh Pendaftaran : 12 Julai – 23 Ogos 2023
- Ujian Speaking : 30 dan 31 Oktober, 1, 2, 6 dan 7 November 2023
- Ujian Bertulis : 18 November 2023
- Keputusan : –

ARTIKEL BERKAITAN : Jadual MUET On Demand 2023 MoD
Download Jadual Peperiksaan MUET 2023
Bagi pelajar yang ingin dapatkan jadual ujian MUET 2023 dalam bentuk PDF, calon boleh muat turun di laman web https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/kalendar/2022/Kalendar_MUET_Tahun_2023_-_Edisi_24112022_BM.pdf
Cara Daftar Peperiksaan MUET 2023 Online
Pendaftaran MUET bagi calon sekolah atau institusi dibuat secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus ke http://online.mpm.edu.my. Bayaran yuran untuk menduduki ujian MUET bagi warganegara Malaysia adalah RM100.00 sahaja.
Semakan Slip Daftar MUET 2023 Online
Bagi calon yang telah membuat pendaftaran MUET 2023 boleh semak slip daftar ujian ini secara online menerusi portal https://www.mpm.edu.my/muet/semakan-muet-d
Panduan Lulus Cemerlang MUET 2023
Panduan buat calon yang nak menduduki exam MUET tahun 2023. Untuk makluman, kini terdapat satu rujukan lengkap ujian MUET yang ditulis oleh penulis profesional untuk membantu calon menjawab dengan baik. Panduan ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan bagi komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing. Bagi yang berminat boleh dapatkan rujukan MUET ini, sila layari ke PANDUAN MUET.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 61261600 atau emel ke psm@mpm.edu.my.
BACA JUGA :