Pendaftaran MUET Sesi 1 2019 (Mac)

Pendaftaran MUET Sesi 1 2019 (Mac). Bilakah tarikh pendaftaran Malaysian University English Test (MUET) sesi 1 Mac 2019? Panduan buat calon yang ingin mendaftar peperiksaan MUET 2019 bagi melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Muda. Untuk makluman menerusi portal daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET sesi 1 2019 akan dibuka pada 14 November 2018 sehingga 9 Januari 2019. Bagi calon yang ingin membuat permohonan MUET secara dalam talian, anda boleh ke laman sesawang MPM atau melalui MUET on Demand (MoD).

Pendaftaran MUET Sesi 1 2019 (Mac)

Pendaftaran MUET Sesi 1 2019 (Mac)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran MUET sesi Mac 2019 termasuk memaparkan tarikh-tarikh penting serta aplikasi permohonan dan semakan :

Tarikh-Tarikh Penting MUET Sesi 1 Mac 2019

○ Tarikh pendaftaran dibuka dan ditutup : 14 November 2018 hingga 9 Januari 2019

○ Ujian Lisan (Speaking) : 5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Mac 2019

○ Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing & Listening) : 16 Mac 2019

Borang Pendaftaran MUET Julai 2019 Online

Bagi calon yang ingin menduduki Ujian MUET sesi 1 Mac 2019, anda perlu mengisi borang pendaftaran MUET secara online seperti berikut :

1. Aplikasi Permohonan: eSubmission MPM Online

2. Bagi calon Persendirian MUET boleh merujuk dengan klik MUET DAFTAR .

Nota Penting :

● Sebelum membuat pendaftaran MUET secara online di portal MPM, calon diingatkan membeli PIN MEC berharga RM100.00 dahulu di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

● Calon diminta mengambil perhatian bahawa pihak MPM tidak akan menghantar slip daftar MUET kepada calon. Calon dikehendaki membuat semakan status pendaftaran muet secara dalam talian melalui portal MPM pada masa yang ditetapkan.

Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2019

Bagi yang telah membuat menduduki peperiksaan MUET sesi 1 2019, keputusan MUET dijangka dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan selepas exam. Berikut adalah cara semakan keputusan MUET 2019 secara online seperti berikut :

1. Keputusan MUET bagi calon sekolah/institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melalui SPP JPN manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar melalui pos ke alamat yang calon daftarkan secara online.

2. Calon juga boleh menyemak keputusan ujian MUET sesi 1 2019 secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>Nombor Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888.

INFO BERKAITAN :

Jadual Peperiksaan MUET 2019 MPM

● Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang Band 6

Selamat membuat pendaftaran MUET sesi 1 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan MUET.

Leave a Reply

%d bloggers like this: