Cara Daftar Touch ‘n Go eWallet 2024 (Aktifkan Kad & Top Up). Anda bercadang nak buka akaun e-wallet? Panduan buat pengguna yang ingin membuat pembayaran tanpa tunai (cashless). Untuk makluman, Touch’n Go eWallet merupakan penyedia e-wallet yang dibangunkan oleh TNG Digital Sdn. Bhd. (TNGD) untuk menawarkan pembayaran secara online serta offline melalui kad TNG. Selain itu, Touch’n Go e-Wallet juga membolehkan pengguna membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect. Pendaftaran akaun Touch’n Go e-Wallet boleh dibuat secara online melalui laman web https://www.touchngo.com.my.
Cara Daftar Touch ‘n Go eWallet 2024 (Aktifkan Kad & Top Up)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Touch’n Go termasuk memaparkan kelebihan, cara daftar, aktifkan kad dan tambah nilai:
Apa Itu Touch ‘n Go eWallet?
Touch ‘N Go eWallet merupakan dompet elektronik yang menjadikan pelbagai urusan anda menjadi semakin mudah. Touch ‘n Go eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda.
Kelebihan Touch ‘n Go eWallet
a. Membayar caj parking dengan mudah di hampir kesemua tempat meletakkan kenderaan.
b. Membeli tiket kapal terbang domestik serta antarabangsa.
c. Membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect.
d. Membayar bil utiliti dan pascabayar anda.
e. Membeli tiket wayang.
Cara Mendaftar Touch ‘n Go eWallet
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di Google Playstore atau Apple AppStore.
- Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
- Terima kod pengesahan untuk verifikasi.
Cara Mohon Kad Touch ‘n Go NFC Online
Kini, syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd telah menaik taraf kad TNG dilengkapi dengan teknologi baharu iaitu “Near Field Communication (NFC)” bagi membolehkan dan memudahkan penambahan nilai melalui Touch n’ Go eWallet.
- Klik pada ikon TNG Card pada halaman utama aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Klik Order Touch ‘n Go Card.
- Kemudian, klik Order Now.
- Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now.
- Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan.
NOTA: Selain itu, anda juga boleh membeli kad TNG NFC di kedai atau stesen minyak yang terpilih, rujuk pautan ini https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/
Cara Link Kad Touch N Go NFC Dengan TNG e-Wallet
- Klik pada ikon TNG Card di skrin utama.
- Kemudian, klik pada butang Add Card atau simbol ‘+’ pada sudut atas sebelah kanan.
- Sahkan akaun Touch n’ Go eWallet anda jika anda belum melengkapkan eKYC.
- Imbas kad TNG dinaik taraf anda di bahagian belakang telefon anda dan pastikan sentuhan permukaan yang rapat.
- Setelah berjaya, Nombor Siri 10-digit anda akan diisi secara automatik. Sahkan Nombor Siri 10-digit yang diisikan dalam aplikasi adalah seperti yang dicetak pada kad anda.
- Isikan medan ‘Preferred Card Name’.
- Tekan butang ‘Add’.
- Masukkan PIN eWallet Touch ’n Go 6-digit anda dan anda kini bersedia untuk menggunakan kad TNG dinaik taraf.
NOTA: Anda boleh memautkan sebanyak 5 Kad TNG di dalam Touch ’n Go eWallet anda.
Cara Top Up Touch ‘n Go eWallet
- Masuk aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Klik pada butang ‘+Reload’.
- Kemudian, pilih ‘Reload via DuitNow Transfer’.
- Sila copy nombor akaun yang dipaparkan.
- Buka banking online anda.
- Pilih ‘Transfer Type’ seperti ‘DuitNow Transfer’.
- Kemudian, pilih bank seperti ‘Touch n Go eWallet’.
- Akhirnya, mengesahkan nama penerima.
Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web https://www.touchngo.com.my/ atau hubungi di talian +603-5022 3888.
BACA JUGA: Cara Mendaftar BigPay