Cara Daftar Wise 2024 Online (Aktifkan Kad & Transfer Duit)

Cara Daftar Wise 2024 Online (Aktifkan Kad & Transfer Duit). Anda bercadang untuk buka akaun bank secara online di Malaysia? Panduan buat rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan bercuti ke luar negara. Untuk makluman, kini Wise iaitu penyedia kiriman wang dan perkhidmatan akaun multi-currency global yang dibangunkan untuk memudahkan urusan penghantaran wang ke luar negara, lebih murah dan cepat. Selain urusan penghantaran wang, Wise juga membolehkan pengguna menerima bayaran dengan matawang asing, tukar atau simpan pelbagai mata wang asing selain Ringgit Malaysia. Pendaftaran akaun Wise boleh dibuat secara online melalui laman web https://wise.com.

Cara Daftar Wise 2023 Online (Aktifkan Kad & Transfer Duit)

Cara Daftar Wise 2024 Online (Aktifkan Kad & Transfer Duit)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Wise termasuk memaparkan kelebihan, cara daftar, tambah nilai dan permohonan kad visa:

Apa Itu Wise?

Wise atau dahulunya TransferWise adalah sebuah syarikat teknologi kewangan pertukaran asing yang berpangkalan di United Kingdom yang diasaskan oleh ahli perniagaan Estonia Kristo Käärmann dan Taavet Hinrikus pada Januari 2011.

Manfaat Menggunakan Wise

  • Pengguna yang mendaftar akaun Wise, anda boleh menikmati beberapa ciri-ciri atau manfaat yang ada pada Wise iaitu;
  • Beli matawang asing dengan menggunakan aplikasi Wise.
  • Simpan dan tukar di antara lebih 50 matawang dengan segera dan boleh berbelanja di lebih 200 negara di mana sahaja Visa diterima.
  • Menawarkan caj paling minima bagi nilai tukaran wang asing berbanding bank tempatan.
  • Mempunyai kad Visa yang berfungsi seperti kad debit bank.
  • Pengeluaran duit di mesin ATM dengan menggunakan kad Wise.
  • Kadar tukaran wang Wise menggunakan mid-market exchange rate pada setiap masa.
  • Tiada baki minimum ditetapkan atau bayaran bulanan dikenakan.
  • Laporan transaksi secara serta merta.
  • Beku atau aktifkan semula kad anda dengan hanya beberapa klik.
Cara Daftar Wise 2023 Online (Aktifkan Kad & Transfer Duit)

Cara Pendaftaran Akaun Wise Online

1. Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui laman web https://wise.com/ atau muat turun aplikasi Wise di PlayStore atau AppStore.

2. Klik pada butang ‘Register’.

Cara Daftar Wise 2023 Online (Aktifkan Kad & Transfer Duit)

3. Kemudian, masukkan emel yang aktif dan klik next.

4. Masukkan nombor telefon anda dan klik ‘Send Verification Code’. Masukkan Code yang diterima.

5. Isikan butiran yang diperlukan dan ciptakan Katat Laluan anda.

6. Kemudian memuat naik ID/My Kad/Pasport anda.

7. Kemudian anda dikehendaki Selfie muka anda sebagai pengesahan.

8. Tekan Sign Up dan pendaftaran akaun Wise anda selesai.

Cara Tambah Nilai Duit Akaun Wise

  1. Log masuk ke akaun Wise anda.
  2. Klik pada akaun mata wang yang anda ingin tambah nilai.
  3. Klik Add.
  4. Masukkan jumlah yang ingin dimasukkan dan jenis mata wang yang ingin anda bayar.
  5. Pilih cara pembayaran dan klik Continue to payment.
  6. Ikuti arahan pembayaran yang dipaparkan dengan cara pembayaran yang anda pilih.

Cara Apply Kad Visa Wise

Untuk dapatkan kad visa Wise, anda perlu mohon kad tersebut seperti berikut;

  1. Masuk aplikasi Wise dan klik tab Card.
  2. Seterusnya klik pada ‘Order your card
  3. Masukkan butiran peribadi dan alamat rumah.
  4. Anda diberikan pilihan penghantaran secara percuma atau DHL Express dengan kadar segera berharga lebih RM40.
  5. Tetapkan nama pada kad, nombor pin dan akhir sekali buat pembayaran sehingga selesai.
  6. Buat pengesahan identiti dengan upload gambar MyKad atau menggunakan lesen memandu.
  7. Selesai proses permohonan kad dan diposkan kepada anda dalam masa 2 minggu.

NOTA: Kad Wise berharga RM13.70 sahaja dan boleh digunakan selama lima tahun.

Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari ke laman web https://wise.com/my.

Leave a Reply