Permohonan Biasiswa Endowmen UiTM 2020 Bantuan Sehingga RM3500 Sebulan. Panduan buat anda yang mendapat tawaran kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PHD tahun 2020. Untuk makluman, UiTM mempelawa Biasiswa Endowmen UiTM kepada mereka yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian program Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi kemasukan 2020/2021. Permohonan biasiswa ini boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 1 Oktober hingga 15 Oktober 2020 menerusi laman web rasmi UiTM.

Permohonan Biasiswa Endowmen UiTM 2020 Bantuan Sehingga RM3500 Sebulan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Endowment UiTM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 1 Oktober – 15 Oktober 2020
Syarat Kelayakan Biasiswa Endowmen UiTM
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Endowmen UiTM adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada pascasiswazah dan prasiswazah sepenuh masa
- Bukan penerima Biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi
- Tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap
- Tidak muflis
- Belum disenaraihitam oleh mana-mana agensi kerajaan
Nota : Untuk semak syarat kelayakan akademik boleh dirujuk https://endowment.uitm.edu.my/scholarship/index.php/application-terms.
Tempoh Dan Kadar Biasiswa Endowmen UiTM
IJAZAH SARJANA MUDA
- Maksima pembiayaan biasiswa 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis program pengajian
- Kadar biasiswa RM750 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti
IJAZAH SARJANA
- Maksima pembiayaan biasiswa selama dua tahun kepada jenis program pengajian
- Kadar biasiswa RM2000 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti
PHD
- Maksima pembiayaan biasiswa hingga 4 tahun
- Kadar biasiswa RM3000 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti
Cara Memohon Biasiswa Endowment UiTM Online
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi pautan di bawah :
- Universiti Teknologi MARA Endowment Form – https://endowment.uitm.edu.my/scholarship/images/download/Universiti_Teknologi_MARA_Endowment_Scholarship_Form.pdf
- Family Income Confirmation Form – https://endowment.uitm.edu.my/scholarship/images/download/Family_Income_Confirmation_Form.pdf
- Application Lists – https://endowment.uitm.edu.my/scholarship/images/download/Application_Checklist.pdf
Permohonan yang diisi dengan lengkap perlu dihantar ke alamat :
Director
Endowment Unit
Level 20, Tower 2,
Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah
Universiti Teknologi MARA
40450, Shah Alam
Selangor, Malaysia
Tel : +603-5544 2024
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian 603-5522 5452 (Academic), 603-5522 5334 (Admission), 603-5522 5333 (Coursework), 603-5522 5244 (Research), 603-5522 5331 (Dean Office).
Fax : 603-5522 5335
Email : ipsis@uitm.edu.my
BACA JUGA : Permohonan Biasiswa Endowment UTM 2020