Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar (Geografi PT3)

Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar (Geografi PT3). Panduan buat calon PT3 yang perlu menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2018. Menerusi makluman daripada Lembaga Peperiksaan KPM, tajuk tugasan yang diberikan adalah ‘Kajian Guna Tanah di Kawasan Tempat Tinggal atau Sekolah Anda’. Tugasan kerja kursus ini perlu disiapkan sebelum tarikh akhir hantar pada 27 Julai 2018. Seperti kita tahu, keperluan kegunaan guna tanah sangat diperlukan untuk dimajukan bagi pelbagai tujuan aktiviti ekonomi dan pembangunan seperti perumahan, rumah kedai, jalan raya dan sebagainya. Secara tak langsung, perubahan guna tanah akan menimbulkan kesan negatif khususnya pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya.

Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar (Geografi PT3)

Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar (Geografi PT3)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kesan guna tanah terhadap alam sekitar mengikut jenis guna tanah :

Kesan Pembinaan Terhadap Alam Sekitar

1. Kesan Pertanian

Aktiviti pertanian boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar adalah iaitu :

a. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas.

b. Mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar.

c. Penyumbang hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.

d. Kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air.

e. Banyaknya berlaku hakisan tanah boleh menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

2. Kesan Perlombongan 

Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar adalah seperti berikut :

a. Mengancam kehidupan akuatik

b. Mengancam habitat flora dan fauna

c. Menjejaskan kualiti air disebabkan air menjadi keruh akibat larutan tanah yang mengalir.

3. Sisa buangan/ Pembentungan

Berikut adalah kesan hasil daripada pembinaan sisa buangan atau pembentungan :

a. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai.

b. Berlakunya pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan.

c. Akibat kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah juga akan meningkat.

Semoga perkongsian tentang Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar ini dapat dijadikan panduan buat calon PT3.

One Response

  1. Elaine July 15, 2018

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: