Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah & IPT (BookCapital)

Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah & IPT (BookCapital). Berita baik buat pelajar sekolah dan pelajar IPT di Malaysia. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim berkenaan pemberian baucar pembelian buku berjumlah RM100 kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi sewaktu perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024). Bagi pelajar sekolah boleh menebus baucar buku melalui aplikasi DELiMa bermula pada 31 Mei 2024, manakala pelajar IPT pula boleh claim baucar buku bermula 1 Jun 2024 di portal GREaT https://great.mohe.gov.my.

Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah & IPT (BookCapital)

Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah & IPT (BookCapital)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang penebusan baucar buku termasuk memaparkan tarikh, jumlah baucar dan cara menebus:

Cara Penebusan Baucar Bagi Murid Sekolah

Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah & IPT (BookCapital)

Penebusan baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang. Penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.

2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.

4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.

6. Proses selesai.

Cara Penebusan Baucar Bagi Pelajar IPT

Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah & IPT (BookCapital)

1. Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal GREaT – Graduate Reference Hub for Employment and Training (kendalian KPT) iaitu https://great.mohe.gov.my/ bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 10.00 pagi.

2. Penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital, https://bookcapital.com.my/ sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja.

NOTA:

a. Baki baucar buku selebihnya akan disalurkan pada fasa seberikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak.

b. Pemilihan BookCapital di bawah kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga merupakan penganjur bersama PBAKL 2024 bagi memudahkan pengguna sepanjang berlangsungnya pesta buku ini. Penggunaan platform lain akan digunakan pada fasa berikutnya.

Leave a Reply