Permohonan eDaftar Menengah 2022 Online (APDM). Bagaimana cara nak daftar kemasukan ke sekolah menengah? Panduan buat guru-guru atau admin sekolah di Malaysia yang ingin membuat permohonan eDaftar Menengah tahun 2021. Berikut adalah cara permohonan eDaftar Menengah 2022.
![Permohonan eDaftar Menengah 2022 Online (APDM)](https://i0.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2018/09/PicsArt_09-06-03.31.18-01.jpeg?resize=680%2C357)
eDaftar menengah adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh KPM yang digunakan dalam sistem aplikasi pangkalan data murid (APDM) untuk mendaftar murid Tahun Enam (6) memasuki Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan. Oleh itu, guru Tahun 6 perlu memastikan mereka mendaftar nama anak murid ke Tingkatan 1. Kesemua data murid ini digunasama oleh semua sistem lain di KPM antaranya iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), SPPBS, permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan lain-lain lagi.
Permohonan eDaftar Menengah 2022 Online (APDM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan eDaftar Menengah :
Guru-guru perlu pastikan mereka membuat pengemaskinian data murid dahulu sebelum ke proses pendaftaran di eDaftar Menengah. Ikuti lah langkah-langkah di bawah seperti berikut ;
DATA MURID
i. Nama
ii.No. Kad Pengenalan
iii.No. Angka Giliran UPSR
iv. Alamat
v. No. Telefon
vi. Status Kewarganegaraan
vii. Anak ke berapa
viii. Jarak ke sekolah
Cara Permohonan eDaftar Menengah 2022 Online
BAHAGIAN A : dibuat oleh GPK HEM / Admin Sekolah
![Permohonan eDaftar Menengah 2019 Online (APDM)](https://i0.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2018/09/IMG_20180906_171154.jpg?resize=680%2C385)
1. Buka Sistem Pengurusan sekolah (SPS)
Klik pengurusan murid.
2. Log In Admin
i. Taipkan Kod Sekolah (Huruf Besar) untuk Id Pengguna
ii. Kata Laluan “sekolah” jika tidak ditukar
iii. Klik HANTAR untuk Masok Aplikasi
iv. Pilih jawapan berdasarkan permintaan soalan dan tekan verify.
3. Paparan Muka Utama dipaparkan
Klik eDaftar Menengah
4. GPK HEM / Admin Sekolah perlu menyemak nama sekolah feeder menengah sebelum proses pendaftaran dibuat
i. Untuk menyemak nama sekolah feeder.
ii. Paparan analisa murid yang telah mendaftar serta bilangan kelas tahun 6 dan nama guru kelas
iii. Admin Sekolah (PK HEM) hendaklah “klik” dalam kota kecil tersebut setelah memastikan semua murid telah didaftarkan dan “klik” kotak Sahkan, untuk membuat pengesahan.
5. Pihak sekolah juga boleh mencetak senarai sepadu untuk simpanan sekolah
Cetakan senarai padu.
BAHAGIAN B : Dibuat oleh Guru Kelas
![Permohonan eDaftar Menengah 2019 Online (APDM)](https://i0.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2018/09/IMG_20180906_171348.jpg?resize=680%2C395)
1) Untuk memulakan permohonan ke Tingkatan 1, guru kelas perlu masuk ke aplikasi menggunakan akaun mereka yang sedia ada.
i. Taipkan ID Penggunaka dan Kata Laluan. Kemudian klik butamg Log Masuk
ii. Paparan berikut akan keluar
iii. Klik eDaftar Menengah
2) Guru Kelas boleh mula mengisi permohonan berdasarkan yang dipohon oleh murid.
i. Guru boleh mula mengisi permohonan dengan klik butang di sini.
ii. Guru dikehendaki memastikan senarai murid mencukupi. Murid bukan warga tidak boleh memohon ke Tingkatan 1 melalui aplikasi ini.
3) Memulakan proses permohonan
i. Sila buat pilihan sekolah
ii. Nyatakan sebab pilihan ke sekolah berkenaan untuk memudahkan PPD membuat penempatan.
iii. Nyatakan jarak dari rumah ke sekolah.
iv. Isi maklumat-maklumat yang berikut bagi memudahkan pengurusan di sekolah menengah
v. Klik butang kemaskini untuk menghantar permohonan ini.
4) Permohonan luar feeder
Jika murid tersebut memilih untuk memohon diluar feeder, sila klik Pilihan Kedua – pilih ‘Luar Feeder ‘ untuk dikeluarkan senarai sekolah lain yang terdapat di luar feeder.
5) Paparan selepas permohonan dibuat
i. Murid yang telah memohon akan dipaparkan sekolah pilihannya.
ii. Sila buat proses seterusnya kepada murid-murid yang lain
6) Tambahan untuk SJKC dan SJKT Pengisian markah pemahaman dan Penulisan untuk Peralihan.
A. Tahun 4 dan Tahun 5 – Markah PKBS Akhir tahun.
B. Tahun 6 – Markah Percubaan UPSR.
7) Paparan admin sekolah
Admin sekolah boleh melihat bilangan murid yang telah selesai membuat permohonan.
8) Paparan PPD
PPD boleh memantau bilangan sekolah yang telah selesai membuat permohonan.
9) Paparan Negeri
Negeri boleh memantau bilangan PPD yang telah selesai membuat permohonan.
10). Paparan BPSH
BPSH boleh memantau bilangan negeri yang telah selesai membuat permohonan.
BACA JUGA :