Contoh Soalan PKSK 2020 Tingkatan 1 & 4 (Tips Menjawab)

Contoh Soalan PKSK 2020 Tingkatan 1 & 4 (Tips Menjawab). Panduan buat pelajar yang bakal menduduki Ujian PKSK tahun 2020. Bermula tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian (online) yang menggunakan kaedah single entry point. Calon perlu membuat semakan kelayakan menduduki PKSK yang akan dijalankan pada 12 Oktober hingga 25 Oktober 2020 (Tingkatan 1) dan 26 Oktober hingga 6 November 2020 (Tingkatan 4) di 555 pusat seluruh negara.

Contoh Soalan PKSK 2020 Tingkatan 1 & 4 (Tips Menjawab)

Contoh Soalan PKSK 2020 Tingkatan 1 & 4 (Tips Menjawab)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian PKSK termasuk memaparkan format, tarikh menduduki dan contoh soalan :

Apakah PKSK?

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau ringkasnya PKSK adalah merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat untuk menilai permohonan murid untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus ambilan 2021 iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SKMA)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)

Tarikh Menduduki PKSK 2020

  • 12 Oktober hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1
  • 26 Oktober hingga 6 November 2020 bagi Tingkatan 4

Panduan Format Dan Komponen PKSK

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%).

Kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) 20%

Meliputi kecerdasan emosi, rohani dan insaniah

Bahagian B – Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) 70%

Meliputi kecerdasan intelek, pengetahuan am dan penyelesaian masalah. Tempoh masa Bahagian A & B ialah 90 minit. Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris

Bahagian C – Artikulasi Penulisan 10%

Penulisan esei 100 patah perkataan bagi Tingkatan Satu, 250 patah perkataan bagi Tingkatan Empat. 45 minit dalam Bahasa Melayu.

Contoh Soalan Ujian PKSK

KPM telah menetapkan bahawa calon yang berminat untuk memasuki SBP, SMKA, MTD, Kolej Vokasional dan SMT bagi ambilan tahun 2021 wajib menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Kaedah ini dibuat kerana peperiksaan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2020 telah dibatalkan akibat pandemik Covid 19. Namun ujian tersebut bukan gantian kepada peperiksaan awam.

Tips Menjawab Soalan PKSK

Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (SQ, EQ dan SSQ)

Pilih jawapan yang PALING POSITIF berdasarkan nilai-nilai murni kehidupan bagi mendapatkan markah paling tinggi.

Bahagian B : IQ Penyelesaian Masalah

Calon perlu memberikan jawapan yang paling tepat dan betul untuk setiap soalan.

Bahagian B : Pengetahuan Am

Calon haruslah merujuk buku teks Sejarah Tahun Enam dan Tingkatan Tiga serta membaca surat khabar dan isu semasa terkini.

Contoh Soalan dan Jawapan PKSK

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus ada perbezaan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) kerana selain daripada soalan EQ, SQ, SSQ, IQ dan Pengetahuan Am, ujian ini juga mengandungi soalan Penyelesaian Masalah termasuk Artikulasi Penulisan.

Bahagian A : Soalan EQ, SQ dan SSQ

1. Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?

Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda.

2. Apakah tindakan jika dibuli kawan.

Membuat aduan kepada guru kelas dan ibu bapa.

3. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat

Sedekah Al fatihah, doakan ibu bapa dan bayangkan rupa ibu bapa.

Bahagian B : Soalan Komponen IQ & Pengetahuan Am

1. Labu sayong asal dari negeri mana? L

Perak

2. Adat perpatih negeri mana?

Negeri Sembilan

3. Siapa pencipta jalur gemilang?

Allahyarham Mohamed bin Hamzah

4. Apakah nama ibu negara Malaysia?

Kuala Lumpur

5. Siapakah pengasas Facebook?

Mark Zuckerberg

6. Siapakah pengasas Apple?

Steve Jobs

7. Nama Bapa Pemodenan Malaysia?

Tun Dr Mahathir Mohamad

Contoh Soalan Artikulasi Penulisan

Dalam Artikulasi Penulisan, calon dikehendaki menulis esei atau karangan dalam bahasa Melayu.

BACA JUGA : Semakan PKSK 2020 Online (Lokasi & Pusat Ujian)

Leave a Reply