Permohonan SPADA USIM dan UMS 2018

Permohonan SPADA USIM dan UMS 2018. Adakah anda calon daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tahun 2018? Panduan buat anda khususnya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin memohon kemudahan penajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2018. Untuk makluman, permohonan ini hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Ogos 2018 (Jumaat).

Permohonan SPADA USIM dan UMS 2018

Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) atau dikenali sebagai SPADA merupakan program latihan kepakaran yang dikendalikan oleh USIM dan UMS secara sepenuh masa selama 24 bulan (4 semester). Ia bertujuan untuk memenuhi kekurangan profesional mahir dan pakar dalam menangani krisis penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Permohonan SPADA USIM dan UMS 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan SPADA di USIM dan UMS tahun 2018 termasuk memaparkan program/kursus, syarat kemasukan dan aplikasi permohonan :

Kursus Yang Ditawarkan

Sarjana Psikologi Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah)

Program Sarjana Psikologi Kaunseling dijalankan selama 18 bulan sepenuh masa dengan pengkuliahan selama 14 minggu merangkumi 19 kursus sebanyak 60 jam kredit keseluruhan. Pelajar  diwajibkan menjalani atihan Praktikum dan internship di institusi kerajaan atau swasta bagi mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari melalui kerja kursus.

Syarat Kemasukan SPADA

Mempunyai Ijazah Pertama dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling atau Ijazah Pertama dalam mana-mana bidang yang sesuai dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan seperti kaunselor di Pusat Pemulihan Dadah, Pegawai Kebajikan, Pegawai Penjara, Pegawai Kesihatan, Pegawai Antidadah dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihandan penjagaan lanjutan.

Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA 2018

1. Bagi yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengisi borang permohonan dengan memuat turun di portal KKM.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi ;

Urus Setia

Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-83217138 I Faks : 03-8321 7101

Semoga perkongsian tentang Permohonan SPADA USIM dan UMS 2018 dapat dijadikan panduan buat calon. Selamat membuat permohonan dalam Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: