Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test 2023 (Lesen Memandu)

Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test 2023 (Lesen Memandu). Sudah anda bersedia untuk menjalani ujian komputer untuk lesen memandu JPJ? Panduan buat rakyat Malaysia yang bakal menduduki ujian komputer lesen memandu. Untuk makluman, ujian lesen memandu atau dikenali sebagai ujian memandu merujuk kepada proses mendapatkan lesen memandu seperti lesen kereta atau lesen motor. Ianya bagi membolehkan pengguna mengendalikan kenderaan bermotor di jalan raya dengan selamat. Bagi calon yang telah menghadiri Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01), calon akan menduduki ujian Teori Undang-undang Komputer atau dikenali sebagai Ujian Komputer Lesen Memandu. Lazimnya, markah lulus ujian komputer bagi motor dan kereta adalah sebanyak 42/50.

Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test 2023 (Lesen Memandu)

Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test 2023 (Lesen Memandu)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang ujian komputer JPJ termasuk memaparkan contoh soalan bagi Ujian Buta Warna, Ujian Huruf, Nombor & Warna dan Ujian KPP :

Apa itu Ujian Komputer Lesen Memandu?

Ujian komputer lesen memandu adalah salah satu ujian buat calon yang mengambil lesen memandu di Malaysia. Ujian ini akan dilaksanakan selepas menghadiri kelas amali untuk memandu kenderaan. Bagi calon yang lulus ujian teori berkomputer JPJ dengan markah minimum 42/50, anda akan menerima lesen L memandu.

Ujian Buta Warna

Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test 2023 (Lesen Memandu)
  1. Calon diberikan masa selama 15 minit sahaja untuk menjawab soalan.
  2. Diberikan 8 soalan dalam ujian tersebut.
  3. Calon dinasihatkan agar menetapkan jarak penglihatan sejauh 75cm dari skrin untuk memperoleh visual imej yang baik.
  4. Calon perlu lulus Ujian Buta Warna sebagai pra-syarat untuk menduduki Ujian Memandu yang seterusnya.

Ujian Huruf, Nombor Dan Warna

Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test 2023 (Lesen Memandu)
  1. Soalan-soalan ini termasuk dalam bahagian Ujian Buta Warna.
  2. Soalan ini memerlukan calon untuk mengecam nombor plat kenderaan dan warna yang diberikan.

Ujian KPP Bahagian A, B & C

  1. Dalam ujian KPP, anda diberikan 50 soalan.
  2. Soalan-soalan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian yang terdiri iaitu Bahagian A (15 soalan), Bahagian B (25 soalan) dan Bahagian C (10 soalan).
  3. Setiap soalan menyediakan tiga (3) pilihan jawapan yang mana calon perlu menjawab satu (1) jawapan sahaja.
  4. Calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 42 soalan dengan betul untuk lulus dalam ujian KPP.
  5. Bagi calon yang lulus akan memperoleh lesen L.

Soalan Ujian KPP Bahagian A

Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test 2023 (Lesen Memandu)

Soalan Ujian KPP Bahagian B

Contoh Soalan Ujian Komputer JPJ KPP Test 2023 (Lesen Memandu)

Soalan Ujian KPP Bahagian C

Soalan Ujian Komputer Lesen Memandu

BACA JUGA: Cara Renew Lesen Memandu Di MySIKAP

Sumber: Slide Muhammad Hisyam Hashim

Leave a Reply