Tarikh Duit PTPTN Masuk 2024 IPTA & IPTS. Panduan buat pelajar IPT yang telah membuat permohonan pinjaman pembiayaan PTPTN. Bilakah tarikh kemasukan duit PTPTN tahun 2024? Untuk makluman, kini pemohon boleh membuat Permohonan Pinjaman PTPTN secara dalam talian (online) di laman web rasmi PTPTN. Sepertimana anda tahu, pinjaman pelajaran PTPTN sangat diperlukan oleh seseorang pelajar untuk membiayai yuran pengajian, buku-buku atau bahan ilmiah serta kos sara hidup di IPT.
Tarikh Duit PTPTN Masuk 2024 IPTA & IPTS
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jadual masuk duit PTPTN masuk termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan pinjaman :
Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN
Antara syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:
1. Calon adalah warganegara Malaysia;
2. Pemohon mestilah umur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Calon telah mendapat tawaran pengajian ke IPTA/ IPTS dan Politeknik;
4. Kursus atau program pengajian yang diikuti oleh pelajar hendaklah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
5. Untuk pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi atau pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu tahun;
8. Tiada penaja atau bantuan pinjaman lain;
9. Calon telah membuka akaun SSPN1M-i.
Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN Online
Untuk membuat permohonan PTPTN, pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan dan boleh ikut panduan Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN secara online di SINI.
Nota :
i. Selepas anda menghantar dokumen yang lengkap diserahkan kepada pihak PTPTN, wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
ii. Untuk semak status pengeluaran pinjaman pendidikan PTPTN, sila layari ke https://www.ptptn.gov.my/status-pengeluaran-pinjaman
Semakan Jadual Permohonan dan Bayaran PTPTN
a. Untuk semakan jadual bayaran pinjaman PTPTN boleh dibuat secara online di laman web rasmi PTPTN atau terus ke pautan ini https://www.ptptn.gov.my/
b. Masukkan ‘Nama Kursus dan Nama IPT’ anda untuk membuat carian.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
BACA JUGA: