Semakan Panggilan Ujian MEdSI 2024 Lepasan STPM/ Setaraf (Temuduga). Bilakah tarikh semak panggilan Ujian MEdSI? Panduan buat lepasan STPM/ Setaraf yang telah membuat Permohonan UPUOnline sesi akademik 2024-2025 bagi kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Awam. Untuk makluman, semakan panggilan Ujian MEdSI dan program bukan pendidikan boleh dibuat secara online mulai 7 Mei 2024 di laman sesawang UPU. Bagi calon berjaya akan menduduki ujian MEdSI bermula pada 13 Mei hingga 24 Mei 2024.
Semakan Panggilan Ujian MEdSI 2024 Lepasan STPM/ Setaraf (Temuduga)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan panggilan ujian MEdSI dan temuduga bukan pendidikan bagi lepasan STPM/ Setaraf termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :
Tarikh Semakan: 7 Mei 2024
Apakah ujian MEdSi dan format soalannya?
Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau bahasa Inggeris disebut sebagai Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) adalah merupakan satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan bagi lepasan STPM/Setaraf di Universiti Awam. Soalan dalam ujian MEdSi adalah berbentuk psikometrik dimana calon perlu menjawab 300 soalan dalam masa 1 jam.
Cara Semak Panggilan Temuduga dan Ujian MEdSI Online
Bagi calon lepasan STPM/Setaraf boleh menyemak panggilan ujian MEDSI dan temuduga secara atas talian (online) menerusi portal https://imedsi.mohe.gov.my/
Semakan layak menduduki Ujian MEdSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk calon yang memohon program pendidikan di UiTM, UTM, UKM, UM, UPSI, UMS, UPM, UUM, USM, USIM dan UIAM.
Untuk maklumat lanjut tentang Ujian MEdSI dan temuduga UPU, sila hubungi di talian helpline 03 8674 2363.
Tahniah kepada mereka yang mendapat panggilan temuduga dan Ujian MEDSI. Semoga anda berjaya dalam Ujian MEdSI dan temuduga sekaligus melayakkan anda untuk memasuki ke UPSI dan universiti awam.
BACA JUGA: Panduan dan Contoh Soalan Ujian MEdSI
Good
semakan panggilan ujian medsi