Permohonan MRSM 2024/2025 Tingkatan 1 & 4 (Maktab Rendah Sains MARA)

Permohonan MRSM 2024/2025 Tingkatan 1 & 4 (Maktab Rendah Sains MARA). Berminat melanjutkan pengajian ke Maktab Rendah Sains MARA? Panduan buat Tahun Enam dan Tingkatan Tiga yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tahun 2024. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka bermula daripada 15 September hingga 20 Oktober 2023. Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3. Bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2024 dibuka pada 1 Ogos 2023.

Permohonan MRSM 2024/2025 Tingkatan 1 Dan 4 (Maktab Rendah Sains MARA)

Kemasukan ke MRSM pada sesi 2024 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon. UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Manakala, bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.

Permohonan MRSM 2024/2025 Tingkatan 1 & 4 (Maktab Rendah Sains MARA)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Maktab Rendah Sains MARA termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan status :

Tarikh Permohonan: 15 September – 20 Oktober 2023

Maktab Rendah Sains MARA adalah merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan berpaksikan kepada pembinaan karakter para pelajar.

Syarat Kemasukan ke MRSM 2024

Antara syarat-syarat kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA bagi Tingkatan 1 Dan 4 adalah seperti berikut :

A. Syarat Umum

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa juga adalah warganegara Malaysia
  3. Calon mestilah memohon atas talian (online).
  4. Calon mestilah sihat tubuh badan
  5. Ibu bapa/ penjaga tidak disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

B. Syarat Akademik

  • Calon wajib menduduki iaitu Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal, atau Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab atau Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE.

Senarai Program Ditawarkan Di MRSM 2024

Terdapat Enam (6) program yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains MARA seperti berikut:

a. Premier

Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.

b. Ulul Albab

Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.

c. IGCSE

Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM.

d. IB MYP (Middle Years Programme)

Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM.

e. Teknikal

Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan.

f. Program Khas Pendidikan (PKP)

Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM.

Format Ujian UKKM MRSM

i. Bagi kemasukan untuk Tingkatan 1, soalan UKKM adalah merangkumi Tahap II Sekolah Rendah.

ii. Untuk kemasukan ke Tingkatan 4, soalan UKKM adalah merangkumi menengah rendah.

iii. Ujian UKKM yang perlu dilalui oleh para calon ialah:

  • Matematik – 20 soalan objektif (30 minit)
  • Bahasa Inggeris – 15 soalan objektif (30 minit)
  • Sains – 30 soalan objektif (30 minit)
  • Keperibadian – 100 soalan objektif (30 minit)
  • Hafazan dan Tulisan Jawi (pengambilan untuk Ulul Albab Sahaja) (35 minit).

Artikel Berkaitan: Semakan Panggilan Ujian UKKM

Cara Mohon Maktab Rendah Sains MARA 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Keputusan Permohonan MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4

Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu MRSM diumumkan selewat-lewatnya bulan Februari 2024. Semakan keputusan MRSM boleh disemak secara online di laman e-semakan. Permohonan rayuan pula akan dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke MRSM ambilan pertama.

Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel
pengambilanmrsm@mara.gov.my atau melalui Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA iaitu 03-26134531/ 32/ 33/ 17/ 16/ 78/ 65/ 39/ 40/ 34/ 35/ 38/ 37/ 34494.

BACA JUGA :

Sumber: MARA

Leave a Reply