Semakan UKKM MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 (Lokasi Ujian)

Semakan UKKM MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 (Lokasi Ujian). Panduan buat pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan 2024. Permohanan MRSM sesi 2023 dibuka mulai 1 September hingga 4 November 2022. Untuk makluman, kini calon diwajibkan untuk menduduki dan lulus empat Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat sebelum kemasukan ke MRSM. Pelajar boleh buat semakan lokasi untuk mengambil ujian UKKM kemasukan ke MRSM secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi MRSM.

Semakan UKKM MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 (Lokasi Ujian)

Semakan UKKM MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 (Lokasi Ujian)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM termasuk memaparkan tarikh, lokasi ujian dan cara semakan :

Apa Itu UKKM?

UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua calon yang membuat permohonan secara dalam talian wajib
menduduki UKKM.

Tarikh Semakan UKKM 2024

Semakan Ujian Kemasukan MRSM Ujian Khas Ulul Albab/ Ujian Teknikal/ Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1 & 4 tahun 2023 boleh dilayari Di portal https://www.mara.gov.my/ bermula pada 23 November 2022.

Semakan UKKM MRSM 2023 Tingkatan 1 & 4 (Lokasi Ujian)

Cara Semak Ujian UKKM MRSM 2024

Kemasukan Tingkatan 1

1. Layari laman web rasmi MARA menerusi https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan calon. Sekiranya masih belum mempunyai Kad Pengenalan kerana belum genap 12 tahun, sila masukkan Nombor MyKid.

3. Tekan pada butang Log Masuk.

Nota : Tawaran untuk menjalani ujian UKKM Ulul Albab juga perlu melalui pautan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN : Semakan PKSK 2023 Kemasukan SBP SMKA Online

Kemasukan Tingkatan 4

1. Layari laman web rasmi MARA menerusi https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar.

3. Klik pada butang Log Masuk.

INFO :

i. Pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah tidak dibenarkan.

ii. Makluman panggilan ujian akan dihantar melalui perkhidmatan SMS dan emel.

Semakan Dan Tarikh Menduduki Ujian UKKM 2024

Semua calon Tingkatan 1 dan 4 yang telah membuat permohanan MRSM secara dalam talian akan dipanggil menduduki ujian secara berperingkat pada 27 November 2022 hingga 17 Februari 2023.

NOTA:

a. Setiap calon dikehendaki hadir ujian pada tarikh yang ditetapkan sahaja dan sebarang pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian adalah tidak dibenarkan.

b. Calon dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah/ berpakaian kemas dan berkasut serta mematuhi peraturan-peraturan semasa berada di pusat ujian.

Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi MRSM https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/.

BACA JUGA :

5 Comments

  1. chu mohd amin October 19, 2020
  2. siti aishah bt saad October 29, 2020
  3. sya November 1, 2020
  4. NORHAZRINA JOHARI November 4, 2020
  5. Yuhanis Suramei November 6, 2020

Leave a Reply