Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2024 KPM

Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2024 KPM. Nak buat permohonan rayuan Program Matrikulasi? Panduan buat lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ambilan 2024. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi ambilan 2024. Manakala, pemohon yang gagal pula boleh membuat permohonan rayuan Matrikulasi yang dibuka pada bulan April 2021. Berikut adalah cara tulis surat rayuan Matrikulasi sebagai rujukan pemohon.

Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2024 KPM

Calon disarankan sentiasa melayari portal BMKPM bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh rayuan Matrikulasi. Seperti sedia maklum, selain membuat permohonan rayuan melalui surat rayuan, calon juga boleh mengemukakan rayuan secara online atau hadir sendiri ke Bahagian Matrikulasi KPM.

Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2024 KPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh surat rayuan permohonan Matrikulasi bagi mereka yang gagal mendapat tawaran kemasukan Program Matrikulasi KPM buat kali pertama :

A. Rayuan Matrikulasi Secara Online

Permohonan rayuan Matrikulasi boleh dibuat secara online dengan merujuk di Aplikasi Matrikulasi KPM.

B. Rayuan Matrikulasi Menulis Surat Rasmi

Nama Pemohon

Alamat Surat Menyurat

…………………….

…………………….

——————————————————————

BAHAGIAN MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

20 APRIL 2020

Tuan,

PER: RAYUAN KEMASUKAN KOLEJ MATRIKULASI SESI 2020/2021

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ……………… (No. KP …………….) ingin mengemukakan permohonan rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023. Jurusan yang saya memohon adalah Jurusan Sains.

2. Saya telah memperolehi …. A dan …..B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Kimia dan Fizik. Selain itu, saya juga memperolehi keputusan cemerlang A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

3. Di samping itu, saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Saya pernah menyertai …………. Saya juga pernah menyertai ………….. (Disertakan peringkat).

4. Pada tahun 2019, sewaktu saya di Tingkatan Lima, saya pernah memegang jawatan Pengerusi dalam ………….. dan memegang jawatan Naib Pengerusi dalam ………………. Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan dalam ketua kelas.

5. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya memasuki mana-mana Kolej Matrikulasi. Segala pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………. (Tandatangan)

(NAMA PEMOHON)

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi KPM www.moe.gov.my.

BACA JUGA: Senarai Kolej Matrikulasi KPM

Leave a Reply