Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2023 (Jadual). Apakah tugasan kerja kursus Pendidikan Seni Visual SPM tahun 2023? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM bagi matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Untuk makluman menerusi laman Kementerian Pendidikan Malaysia, calon diwajibkan melaksanakan dan menyiapkan kerja kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020 (Kertas 3 – 2611/3) mengikut masa dan syarat yang ditetapkan. Kerja kursus ini diperuntukkan masa bermula daripada bulan Februari sehingga Julai 2020.
Dalam tugasan kerja kursus Pendidikan Seni Visual SPM, anda akan diberikan sembilan (9) soalan yang boleh dijadikan pilihan buat pelajar. Pelajar diingatkan semua dokumentasi dan catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer. Pelajar mestilah menghasilkan kajian, lakaran dan hasil rekaan sendiri, asli dan bukan ditiru dari mana-mana sumber yang ada.
Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2023 (Jadual)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM termasuk memaparkan contoh soalan dan panduan tugasan :
Kriteria Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2020
- Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
- Calon dikehendaki melaksanakan satu sahaja.
- Calon dikehendaki melaksanakan
tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang telah ditetapkan.
ARAHAN KEPADA CALON SPM 2020
- Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
- Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2020.
- Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
- Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
- Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
- Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
- Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
- Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
- Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tigah helai sahaja.
- Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
- Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
- Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
- Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
- Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.
Download Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2023
Bagi calon yang hendak memuat turun soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM boleh memuat turun di laman KPM.
BACA JUGA : Jadual Sijil Pelajaran Malaysia 2023
Semoga anda memperolehi keputusan terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2023.