Jadual Kemasukan Duit PTPTN 2024 (Semakan)

Jadual Kemasukan Duit PTPTN 2024 (Semakan). Bilakah tarikh kredit PTPTN tahun 2024? Panduan buat peminjam pembiayaan PTPTN yang ingin mengetahui tarikh masuk duit PTPTN tahun 2024. Untuk makluman, peminjam PTPTN boleh membuat semakan tarikh duit PTPTN masuk secara online menerusi laman web rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Pengeluaran pembiayaan pinjaman dilakukan secara berkelompok pada setiap semester setelah mendapat pengesahan daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Jadual Kemasukan Duit PTPTN 2024 (Tarikh Masuk)

Jadual Kemasukan Duit PTPTN 2024 (Tarikh Masuk)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh kemasukan duit PTPTN bagi Universiti Awam dan Universiti Swasta di Malaysia :

Syarat Permohonan Pinjaman Pembiayaan PTPTN

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan pinjaman pembiayaan PTPTN adalah seperti berikut ;

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh KPM dan MQA.

4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada KPM dan berdaftar dengan PTPTN;*

5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;

6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

7. Tiada penaja lain; dan

8. Telah membuka akaun SSPN1M-i**.

Permohonan Pinjaman PTPTN Online

Pemohon boleh buat permohonan PTPTN secara atas talian menerusi laman web rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my/msk/

Nota :

i. Selepas anda menghantar dokumen yang lengkap diserahkan kepada pihak PTPTN, wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

ii. Untuk semak status pengeluaran pinjaman pendidikan PTPTN, sila layari ke  https://www.ptptn.gov.my/status-pengeluaran-pinjaman

Semakan Jadual Permohonan dan Bayaran Pinjaman PTPTN

a. Untuk semakan jadual bayaran pinjaman PTPTN boleh dibuat secara online di laman web rasmi PTPTN atau terus ke pautan ini https://www.ptptn.gov.my/

b. Masukkan Nama Kursus dan Nama IPT anda untuk membuat carian.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang PTPTN, sila hubungi seperti berikut :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D
Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur

Careline: 03 – 2193 3000
No. Faks: 03 – 2193 1263

BACA JUGA: Tarikh Tutup Permohonan PTPTN

One Response

  1. nur amira balqis November 1, 2020

Leave a Reply